AUD/USD Melonjak 40 Pips, Data Pekerjaan Berkembang Melebihi Jangkaan

44

Data pekerjaan Australia meningkat bagi bulan Ogos untuk enam bulan berturut-turut, berikutan majikan terus menambah pekerjaan pada kadar yang pantas.

Berdasarkan bacaan mengikut musim oleh Jabatan Statistik Australia pagi tadi, secara keseluruhannya pekerjaan meningkat 54,200 pada bulan lepas, diikuti data kaji semula bagi bulan Julai meningkat kepada 29,200. Kenaikan tersebut adalah tiga kali ganda melebihi jangkaan penganalisis yang meletakkan tambahan 17,500 pekerjaan sahaja.

Butiran penting pada bacaan ini adalah angka pekerjaan sepenuh masa yang meningkat kepada 40,100, diikuti data kaji semula yang jatuh 19,800 pada bulan sebelumnya. Pekerjaan sambilan juga naik 14,100.

Kadar pengangguran pula kekal seperti jangkaan 5.6%. Kadar penyertaan tenaga kerja yang memantau mereka yang sedang bekerja atau aktif mencari pekerjaan meningkat 0.2% kepada 65.3%.

Bacaan rasmi juga menunjukkan kenaikkan pada jumlah jam bekerja bulanan bagi semua jenis pekerjaan kepada 3.9 juta jam, naik 0.2%.

Data pekerjaan Australia yang memberansangkan telah menolak AUD/USD naik 40 pip ke paras 0.8016 selepas jatuh untuk tiga hari berturut-turut. Harga kini berlegar di kawasan resistance, dan data inflasi US malam ini jadi tumpuan untuk menetukan pergerakan yang lebih jelas.

Anda ingin tahun kesan langsung bacaan data ekonomi kepada pasaran? Dapatkan Buku Analisis Fundamental Untuk Forex Trader di sini

Baca juga: Preview Data Berimpak Besar Hari Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat