Aud/Usd Menghampiri Lower-Trendline di Weekly !

52

Aud/Usd dilihat meneruskan kejatuhan hari ini berikutan kenyataan yang lebih hawkish daripada jangkaan pasaran semasa pada Khamis. Kita dapat melihat trendline menaik di time-frame H4 dalam gambar rajah di bawah sejak 20 November lepas yang terus menghubungkan tarikh 1 Disember dan 11 Disember. Dalam tempoh ini candle hanya bergerak di dalam trendline menaik ini sehinggalah lower-trendline dipecahkan semasa penetapan kadar oleh FOMC.

Data positif dari petunjuk ekonomi Australia gagal untuk melawan kekuatan US dolar ketika ini. Data pasaran buruh yang dikeluarkan semalam dalam sesi-Asia menunjukkan pertambahan pekerjaan sebanyak 39,100 berbanding jangkaan penganalisis 17,600. Kadar pengangguran pula naik ke paras 5.7% berbanding jangkaan 5.6%.

Aud/Usd terpantul dari support 0.7382 pada Khamis semasa kejatuhan pasangan matawang ini. Tetapi Aud tidak cukup kuat untuk terus berada di atas level Support ini dan memecahkan 0.7382 semasa sesi Eropah semalam.

Sebelum penetapan kadar FOMC pada Khamis, pasaran menjangkakan US dolar akan melemah disebabkan komen dovish dari Janet Yellen. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, apabila jangkaan kenaikan kadar pada 2017 bertambah daripada dua kenaikan kepada tiga kali kenaikan. US dolar dilihat meneruskan momentum penguatan selepas sidang media berakhir.

Dalam petunjuk ekonomi US yang lain juga menunjukkan tren yang masih stabil. Harga pengguna yang dikeluarkan semalam juga masih stabil, dan jumlah pengangguran yang berkurangan berbanding minggu sebelum. Indeks sektor pembuatan juga semakin baik yang mencatatkan bacaan 21.5 berbanding 7.6 sebelum itu.

Paras harga terkini Aud/Usd adalah 0.7344 semasa artikel ini ditulis dan semakin mendekati lower-trendline di weekly seperti dalam gambar rajah di bawah. Trendline weekly ini menghubungkan harga terendah pada 11 Januari 2016 dan 21 November 2016. Di samping itu, di sekitar trendline ini juga terdapat support di paras harga 0.7323 yang ditandakan dengan garisan merah melintang. Perhatikan apa yang berlaku di level paras harga ini, bagaimana harga bergerak dan apakah bentuk candle yang terbentuk sama ada harga menembusi atau terpantul dari paras ini.

Aud/Usd TF H4
Aud/Usd TF Weekly
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat