Aura Logam Kuning Masih Berbisa!

58

Selain minyak mentah, logam kuning juga didagang mengukuh dalam sesi ini berikutan data positif dari China.

Harga logam berkilau ini meningkat sebanyak 0.12% sejurus selepas data China dikeluarkan tadi. Copper dan silver juga melonjak sebanyak 0.11% dan 0.14% dalam dagangan ini.

Kenaikan ini juga kerana China merupakan pengguna copper terbesar di dunia dan menyumbang hampir 45% daripada penggunaan dunia.

Semalam, harga emas menambah kekuatan setelah AS mengeluarkan angka inflasi yang mengecewakan pasaran. Data ini sekali gus menarik sedikit keuntungan matawang US Dollar yang mengukuh semenjak tersebarnya ura-ura mengenai peningkatan kadar untuk bulan Disember ini.

Laporan itu juga mengurangkan sedikit keyakinan trader mengenai prospek peningkatan kadar oleh Fed sebelum penghujung tahun ini.

Sumber-Sumber Ini Boleh Membantu Anda Menguruskan Kewangan Untuk Menjadi Trader Berjaya

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat