Aussie dan Kiwi Melemah Pada Sesi Eropah

40

Dollar Australia dan New Zealand bergerak perlahan berbanding US Dollar selepas pengumuman data inflasi yang agak positif dari Australia. Jadi, pelabur dilihat terus berhati-hati menjelang kenyataan dasar oleh Fed akan datang.

AUD/USD merosot 0.32% kepada 0.7478.

AUD-USD 27.07
AUD/USD, 15 minit

 

Australian Bureau of Statistics berkata, indeks harga pengguna (CPI) meningkat 0.4% pada suku kedua.

Bagi nilai tahun ke tahun, CPI mencecah angka 1.0% pada suku terakhir, berbanding jangkaan awal.

Laporan juga menunjukkan Australia Trimmed Mean CPI meningkat lebih kurang 0.5% pada suku kedua. Angka ini dilaporkan selepas mengecualikan kira-kira 30% barang yang terlalu volatile.

Selain itu, NZD/USD turut merosot sebanyak 0.28%.

NZD/USD, 15 minit
NZD/USD, 15 minit

 

Greenback juga semakin mengukuh selepas data Amerika Syarikat pada hari Selasa menunjukkan peningkatan jualan rumah baru.

US Dollar Index juga melonjak sebanyak 0.11% kepada 97.27, berlegar ke paras 4 bulan tertinggi yang dicatat pada hari Isnin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat