Aussie Kembali Melonjak Pada Sesi Asia, Perkembangan Rundingan Dagang AS-China Jadi Tumpuan

303

Matawang dolar Amerika Syarikat masih diniagakan stabil pada Rabu dengan peningkatan pada hasil pulangan bon Amerika Syarikat mula perlahan berikutan isyarat dovish oleh bank-bank pusat global.

Pelabur juga mula berwaspada ke atas dagangan USD menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada Jumaat ini yang berkemungkinan menyaksikan pergerakan volatile harga.

Pound Sterling pula mencatatkan peningkatan 0.25% berbanding USD pada dagangan sebelum ini selepas Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata beliau akan berusaha untuk mencari alternatif baru untuk melanjutkan rundingan Brexit bagi mendapatkan persetujuan pengunduruan dari Kesatuan Eropah bersama ketua Parti Buruh sebagai jalan penyelesaian terakhir dalam kebuntuan Brexit.

Euro mencatatkan penurunan ke paras terendah lebih tiga minggu dagangan berbanding USD berikutan pelabur yang menilai prospek pertumbuhan antarabangsa dengan Amerika Syarikat dan bank pusat Eropah berkemungkinan tidak akan menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat ini.

Tinjaun data pada Isnin lalu menunjukkan operasi kilang-kilang di zon Eropah menunjukkan prestasi bulanan paling lemah pada Mac dalam tempoh sekitar enam tahun, sementara data ekonomi di Amerika Syarikat pula mula menunjukkan pemulihan sekaligus menekankan lagi Euro sebagai matawang anti-USD.

Matawang komoditi dolar Australia didagangkan lemah semalam selepas Reserve Bank of Australia (RBA) dalam mesyuarat dasar monetari telah menetapkan kadar faedah dikekalkan pada 1.50%.

Namun, sesi pasaran Asia pagi ini melihatkan Aussie kembali melonjak selepas data jualan runcit di Australia bagi bulan Februari mencatatkan kenaikan sehingga 0.8% mengatasi jangkaan kenaikan 0.3% daripada bacaan sebelumnya pada 0.1%. Angka tersebut adalah catatan tertinggi dalam tempoh 15 bulan sekaligus menyokong semula pengukuhan Aussie dalam pasaran semasa.

Di samping itu juga, pengukuhan Aussie turut disokong oleh data PMI perkhidmatan Caixin di China yang turut mencatatkan bacaan yang positif pada pagi ini.

Matawang safe-haven Yen pula kekal didagangkan perlahan dalam pasaran dan bakal memberi reaksi terhadap sebarang perubahan dalam sentimen pasaran.

Amerika Syarikat dan China juga dilaporkan semakin menghampiri fasa akhir untuk perjanjian perdagangan bagi dua ekonomi gergasi dunia itu. Pelbagai isu dilaprokan berjaya dirundingkan oleh pegawai-pegawai tinggi dari dua negara tersebut.

Timbalan Presiden China, Liu Hei sedang membuat persiapan untuk bertemu wakil rundingan perdagangan Amerika Syarikat, Robert Lighthizer dan Setiausa Perbendaharaan Amerika Syarikat, Steven Mnuchin untuk sesi rundingan kemuncak bermula hari ini di Washington.

Terus ikut perkembangan pada isu-isu semasa dalam pasaran kewangan dalam membantu anda merancang strategi dagangan anda dengan lebih baik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat