Aussie Manfaatkan Sentimen Perdagangan, Ucapan Gabenor RBA Lowe Jadi Tumpuan

182

Ketidakpastian dalam perkembangan rundingan perdagangan telah memberi tekanan buat matawang dolar Aussie. Bagaimanapun, dengan perkembangan yang positif dalam perdagangan telah mendorong sedikit pemulihan dalam dagangan dolar Aussie.

Kenyataan terkini daripada Presiden AS Donald Trump telah meningkatkan keyakinan untuk memeterai perjanjian perdagangan fasa pertama tetapi kebimbangan terhadap ketegangan di Hong Kong terus mendorong pedagang untuk kekal berhati-hati.

Sementara itu, keputusan awal pilihan raya tempatan di Hong Kong menunjukkan kemenangan yang memihak kepada calon pro-demokrasi Hong Kong juga menyokong pergerakan dolar Aussie.

Pasaran meraikannya dengan keyakinan bahawa kemenangan ini akan mengakhiri demonstrasi yang telah sekian lama berlarutan di negara itu sehingga memaksa campur tangan daripada Amerika Syarikat.

Namun begitu, dolar Australia dilihat akan menghadapi tekanan berikutan laporan pekerjaan terbaru yang menyokong spekulasi terhadap Reserve Bank of Australia (RBA) akan kembali mengurangkan kadar faedahnya pada mesyuarat polisi akan datang.

Gabenor RBA, Philip Lowe dan Timbalannya, Guy Debelle yang dijadual akan menyampaikan ucapan mereka pada hari esok, turut menjadi tumpuan pasaran bagi mendapatkan lebih banyak petunjuk dalam penetapan dasar yang akan datang.

Philip Lowe dan Guy Debelle mungkin akan terus menyokong pendekatan dovish dalam dasar monetarinya, kerana bank pusat juga menyatakan kesediaannya kepada pelonggaran monetari selanjutnya jika diperlukan.

Ucapan Lowe mengenai dasar monetari ‘tidak konvensional’ dilihat boleh memberi kesan kepada pergerakan dolar Australia. RBA telah menunjukkan kecenderungan untuk mendorong kadar faedah hampir kepada angka sifar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat