Aussie Papar Kelemahan, AUD/USD Terus Alami Terjunan

479

Memantau harga kepada carta pasangan matawang AUD/USD nampaknya masih mengekalkan trend penurunan menghampiri 500 pips setelah capai paras tertinggi sekitar 0.75500 pada hujung Oktober.

Dollar Aussie terus tidak mengambil endah kepada terbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Australia yang merekod bacaan positif untuk memberi ruang kepada matawang USD untuk mengukuh.

Jelaslah matawang USD kekal memanfaatkan kesempatan yang diberikan susulan masih lagi peroleh tunjang utama dari kenyataan berbaur hawkish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.

USD juga terus mengekalkan reputasi kedudukannya sebagai raja matawang pada ketika kebanyakan pelabur sudah mengambil langkah bersedia terhadap terbitan laporan data NFP Amerika Syarikat (AS).

Pergerakan harga turut dilihat telah kembali menguji paras terendah sepanjang 1 tahun pada 0.70650 di kala sesi Asia dan Eropah hari ini (Jumaat) dengan meneruskan lagi penurunan 4 hari berturut-turut.

Sejajar dengan itu, penurunan harga juga tampaknya seakan masih dengan corak downtrend setelah harga kekal didagangkan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam.

Kemampuan penurunan yang lebih rendah akan memperlihatkan pergerakan harga mencecah ke zon sokongan 0.70000 dan ia sering menyokong lonjakan yang terakhir kali dijejaki pada September 2020.

Penurunan yang menerobos zon sokongan itu secara tidak langsung akan memecahkan tembok paling kebal tersebut dengan jangkaan bakal menyentuh pula zon tumpuan pada tahun lalu di paras 0.69000.

Sebaliknya jika harga berjaya membuat perubahan trend bullish, zon SBR (support become resistance) 0.71000 berkebarangkalian akan dicapai terlebih dahulu sebelum mampu mengorak langkah lebih gah.

Kenaikan ketara dijangka bakal disaksikan pada 0.72000 untuk dicapai serta sekali gus akan memberi petunjuk jelas kepada pelabur untuk menyasarkan harga berupaya untuk kembali membuat kenaikan.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat