Aussie Terus Menyusut, AUD/USD Menjunam Ke Paras Terendah Terbaru Lagi!

248

Dolar Aussie terus diniagakan merosot pada minggu ini ekoran Australia yang sensitif terhadap ekonomi China sangat terkesan berikutan penularan wabak Coronavirus yang semakin membimbangkan sehingga ke luar China.

Menambahkan lagi tekanan apabila data yang diterbitkan pada sesi Asia pagi ini tidak menyokong dagangan Aussie.

Data yang mengukur jumlah pembinaan yang telah siap di Australia menurun pada kadar 0.3% untuk suku terakhir bagi tahun 2019 meleset berbanding jangkaan meningkat kepada 1%. Ini adalah penurunan bagi suku keenam berturut-turut bagi hasil pembinaan berikutan penurunan dari pelbagai aktiviti yang terlibat.

Tekanan buat dagangan Aussie telah menyaksikan harga telah mencatatkan penurunan ke paras terendah terbaru sejak Mac 2009 pada carta pasangan matawang AUD/USD!

Harga dilihat bergerak mendatar dalam julat 40 pips di atas paras 0.65800 sejak awal minggu ini setelah siri penurunan harga minggu sebelum ini.

Kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, harga dilihat masih kekal dalam trend bearish.

Lewat sesi Asia menyaksikan harga berjaya tembusi paras 0.65800 dan turun mencecah paras 0.65700 mencatatkan paras terendah terbaru namun bergelut untuk meneruskan penurunan lebih rendah.

Penurunan harga yang terhad juga berkemungkinan faktor data keyakinan pengguna Amerika Syarikat yang diterbitkan semalam di mana gagal menyokong pengukuhan US dolar. Data jualan rumah baru A.S pada malam ini akan jadi tumpuan.

Penurunan lebih rendah akan terus mencatatkan paras terendah terbaru 11 tahun pada carta AUD/USD.

Pelabur juga akan terus mengikuti perkembangan wabak COVID-19 dan tindakan dari China untuk menangani masalah ini. Sebarang perkembangan terbaru dijangka akan mempengaruhi dagangan Aussie.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat