Australia Akhirnya Keluar Dari Kemelesetan!

254

Ekonomi Australia kembali menunjukkan pertumbuhan pertama kali sejak bulan Mac ketika penutupan coronavirus di seluruh negara mula dilonggarkan.

Data yang diterbitkan Biro Statistik Australia (ABS), menunjukkan ekonomi bertumbuh 3.3% dalam tiga bulan hingga September selepas menguncup 7% pada suku sebelum ini, dan jauh lebih baik daripada jangkaan untuk pertumbuhan 2.6%.

Dolar Aussie diperdagangkan mengukuh berbanding US dolar susulan bacaan pertumbuhan yang memberangsangkan ini.

Namun begitu, menurut ABS, aktiviti ekonomi di Australia masih menurun dan secara keseluruhannya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih rendah 3.8% tahun ini berbanding 2019.

Sementara itu, kebangkitan semula ini dikatakan telah dipacu oleh peningkatan perbelanjaan isi rumah di Australia yang mencatatkan kenaikan 7.9%, selain turut disokong oleh perbelanjaan kerajaan sebanyak 1.4%.

Pertumbuhan yang ditunjukkan dalam data terbaru adalah selari dengan unjuran Reserve Bank of Australia (RBA) yang turut menjangkakan peningkatan dalam kadar pengangguran.

Peningkatan yang memberangsangkan ini menunjukkan ekonomi Victoria yang mengalami sekatan sebelum ini sangat berdaya tahan. Negeri kedua terbesar Australia ini berperanan menyumbang sekitar 25% dari KDNK negara.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat