Australia Bakal Ketatkan Visa Untuk Kemasukan Imigran

237

Salah seorang pegawai kerajaan berkata pada Rabu bahawa kerajaan Australia dijangka akan mengetatkan peraturan visa kepada imigran kebanyakannya dari China memandangkan Australia sedang mengetatkan syarat kelayakan penduduk.

Beliau tidak mengulas lanjut mengenai syarat tersebut, namun membayangkan keperluan untuk mahir berbahasa Inggeris.

Pengumuman tersebut dibuat hanya beberapa hari selepas Australia menamatkan program visa begitu popular dalam kalangan warga asing dan menggantikannya dengan peraturan yang lebih ketat disamping menaikkan penanda aras bagi mencapai tahap kewarganegaraan.

90 peratus daripada pemohon visa yang dikenali sebagai Significant Investor Visas didapati terdiri daripada warga China yang dikehendaki mempunyai A$5 juta ($3.75 juta) bagi melayakkan permohonan mereka diluluskan sebagai penduduk tetap Australia.

Menurut Timbalan Menteri Imigresen, Alex Hawke, di satu seminar di Sydney, program imigran ini perlu direka bagi memenuhi keperluan ekonomi Australia. Pemohon juga akan mempunyai peluang untuk menyuarakan pendapat di dalam kajian dan maklum balas yang akan dipertimbangkan oleh jabatan berkenaan.

Ramai jutawan China berusaha untuk berpindah ke Australia bagi mendapatkan gaya hidup yang lebih baik disamping mengelakkan gejala rasuah yang berleluasa di China yang memaksa mereka memindahkan kekayaan di China.

Sebelum ini, Australia telah mengetatkan SIV pada tahun 2015 yang memerlukan pemohon untuk melabur dalam modal kecil sebagai salah satu syarat kelayakan visa.

Hawke juga menekankan bahawa kerajaan komited kepada program ini, bertindak balas kepada khabar angin di China mengenai isu pembatalan visa di Australia.

Imigresen merupakan salah satu isu yang agak sensitif di Australia disamping mengekalkan dasar yang ketat serta tidak membenarkan mana-mana individu untuk memasuki Australia secara tidak sah.

UK Tidak Akan Membayar 100 Billion Euro Untuk Rundingan Keluar Dari EU! : David Davis

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat