Australia Berdepan Detik Sukar, Ratusan Ribu Rakyat Hilang Pekerjaan

317

Situasi terkini COVID-19 di Australia dilihat semakin terkawal dengan jumlah kes sebanyak hampir 7,000 manakala angka kematian yang dicatatkan sebanyak 98. Demi membendung penularan wabak berbahaya itu, pihak kerajaan telah pun mengisytiharkan perintah berkurung sejak April lalu.

Rentetan daripada itu, kebanyakan rakyat negara tersebut didapati terjejas dengan seramai 600,000 individu didapati telah kehilangan pekerjaan. Menurut Biro Statistik Australia (ABS), 100,000 rakyat didakwa telah membuat permohonan bantuan faedah pengangguran manakala setengah juta lagi terpaksa berhenti kerja.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dikatakan terkejut dengan angka yang dikemukakan oleh ABS itu lebih-lebih lagi apabila kadar pengangguran di negara itu mencatatkan peningkatan secara mendadak iaitu sebanyak 19.9% pada bulan lalu.

Oleh yang demikian, beliau telah mengemukakan amaran kepada rakyat di bawah pimpinannya agar bersedia untuk berhadapan dengan detik sukar pada bulan seterusnya. Tambahnya lagi, hal ini adalah sangat mengejutkan dan berada di luar jangkaan. Selain itu, Australia juga mengalami nasib yang sama dengan negara luar, terjejas akibat daripada penularan wabak pandemik, COVID-19.

Di samping itu, perbendaharaan negara tersebut telah menjangkakan bahwa kadar pengangguran akan mencecah paras 10% pada Jun ini.

Sebelum ini, seramai 6 juta daripada 25 juta penduduk rakyat telah dilindungi oleh Jobkeeper, program subsidi upah yang mencecah $ 1,500 dolar. Pada setiap dua minggu, jumlah berkenaan akan dibayar kepada kakitangan melalui majikan mereka.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat