Australia Mahu China Minta Maaf!

363

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menuntut permohonan maaf daripada China setelah gambar palsu yang ‘menjijikkan’ telah diposkan ke Twitter.

Tweet tersebut, yang disiarkan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian menunjukkan seorang askar Australia mengacukan pisau di leher seorang kanak-kanak Afghanistan.

PM Morrison yang mengadakan sidang media pada hari Isnin, mengatakan tindakan itu sangat keterlaluan dan tidak boleh dibenarkan atas dasar apa pun, selain turut mengatakan kerajaan China seharusnya malu dengan tweet tersebut kerana ia akan menjejaskan reputasinya secara global.

Tambah beliau lagi, Australia sangat mengutuk tindakan tersebut dan meminta agar Beijing bertanggungjawab.

Morrison juga mengatakan bahawa kerajaan telah menghubungi Twitter untuk membuang gambar tersebut.

Gesaan Morrison untuk meminta maaf telah meningkatkan lagi ketegangan antara dua negara itu yang telah diburukkan oleh keputusan China untuk mengenakan duti anti-lambakan wain Australia pada hujung minggu.

Hubungan diplomatik antara dua negara itu semakin memburuk tahun ini setelah Australia menggesa supaya China disiasat mengenai asal-usul wabak coronavirus yang telah menjejaskan ekonomi global dan meragut jutaan nyawa di seluruh dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat