Australia Sekat Dominasi App Store & Play Store

445

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) menggesa agar pelbagai langkah dilakukan untuk mengatasi dominasi gedung pembelian aplikasi milik Apple dan Google iaitu App Store serta Play Store.

“Apple dan Google tidak hanya menjalankan gedung aplikasi, mereka juga bersaing antara satu sama lain dengan aplikasi mereka sendiri,” kata pengerusi ACCC, Rod Sims.

ACCC hari ini mencadangkan supaya memberikan pengguna dan pembangun lebih banyak kawalan terhadap sebarang pembelian dalam gedung terbabit.

Itu merupakan langkah terbaharu yang dilaksanakan oleh Australia untuk mengekang penguasaan syarikat teknologi gergasi.

Penguasaan global App Store dan Play Store telah dikritik hebat oleh pembangun aplikasi berhubung isu pembayaran perkongsian pendapatan secara mandatori.

“ACCC turut bimbang dengan sekatan yang dilakukan oleh Apple dan Google yang bermakna pembangun tidak mempunyai pilihan selain menggunakan sistem pembayaran Apple dan Google untuk sebarang pembelian dalam aplikasi,” ujar Sims.

Selain itu, ACCC juga mencadangkan agar pengguna boleh memadam dan menggantikan aplikasi terpasang sedia ada Apple dan Google daripada telefon pintar mereka.

Pembangun aplikasi perlu mempunyai lebih banyak maklumat mengenai bagaimana aplikasi mereka mudah untuk ditemui oleh para pengguna manakala dua syarikat gergasi terbabit perlu dilarang daripada menggunakan data yang dikumpul daripada gedung aplikasinya untuk mempromosikan aplikasinya sendiri.

Awal bulan ini, Google dan Apple didakwa menyekat akses kepada pembangun aplikasi dan mengenakan komisen setinggi 30% untuk aplikasi berbayar.

Langkah terbaharu itu berlaku beberapa bulan selepas Australia menjadi negara pertama di dunia yang meluluskan undang-undang yang mengarahkan Facebook dan Google membayar kandungan berita di platform mereka.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat