Australia Tambah Perkerjaan, Kadar Pengangguran Jatuh

102

Australia menikmati penambahan pekerjaan apabila laporan data pekerjaan menunjukkan pertumbuhan positif pada bulan September. Ditambah pula dengan kadar pengangguran yang berkurangan.

Laporan yang dikeluarkan pada hari ini, kadar pengangguran jatuh kepada 5.5% berbanding jangkaan penganalisis yang menjangkakan kadar pengangguran pada paras 5.6%. Bacaan 5.5% merupakan bacaan terendah sejak bulan May.

Pada bulan September, terdapat 19,800 penambahan pekerjaan berbanding dengan jangkaan yang menjangkakan kenaikan 15,000 pekerjaan.

Pertumbuhan pekerjaan tahunan meningkat kepada 3.1%. Setakat ini, jumlah pertambahan pekerjaan pada tahun ini ialah sebanyak 371,500, didorong oleh peningkatan pembinaan pusat kesihatan dan sektor pendidikan.

Matawang Aussie mengukuh berbanding dolar U.S sebanyak 0.06% iaitu pada 0.7851 berikutan laporan data pekerjaan menyebabkan para pelabur optimis terhadap kenaikan kadar faedah.

Pakar ekonomi menjangkakan pada bulan-bulan akan datang, penambahan pekerjaan akan terus meningkat berikutan peruntukan perbelanjaan infrastruktur yang banyak oleh kerajaan, perbelanjaan awam bagi pusat kesihatan dan kaji selidik perniagaan yang positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat