Australia Tawar Tempat Perlindungan Untuk Hong Kong, Bakal Undang Kemarahan China?

248

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dalam satu kenyataannya hari ini, memberitahu bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk menjadikan Australia sebagai tempat perlindungan yang selamat kepada rakyat Hong Kong.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas undang-undang keselamatan Hong Kong telah dikuatkuasakan, di mana puluhan orang telah ditahan.
Undang-undang itu, yang menyenaraikan pemisah, penindasan, keganasan dan campur tangan asing sebagai kesalahan jenayah, akan mengenakan hukuman maksimum penjara seumur hidup atau minimum penjara 3 tahun ke atas pelaku.

PM Morrison memberitahu bahawa perkara itu sedang dipertimbangkan dengan sangat aktif dan cadangan mengenai pengaturan ini akan diserahkan kepada menteri kabinet untuk mempertimbangkannya.

Apabila keputusan akhir mengenai pengaturan tersebut dibuat, PM Morrison memberitahu bahawa beliau akan membuat pengumuman mengenainya, selain turut menyatakan Australia sangat komited untuk memberi sokongan kepada rakyat Hong Kong.

Tindakan ini sudah semestinya tidak akan diterima oleh China, di mana sebelum ini Menteri Luar Negara, Zhao Lijian telah mengecam tindakan UK dan mendakwa Perdana Menteri Boris Johnson sengaja campur tangan dalam urusan Hong Kong.

Terdahulu, UK juga dilaporkan akan mengambil langkah yang sama untuk menyediakan tempat perlindungan, di mana kerajaan Britain akan menawarkan visa kepada 3 juta rakyat Hong Kong dan peluang kerakyatan UK.

Rakyat Hong Kong yang layak untuk memegang pasport British National (Overseas), pasangan dan anak-anak mereka di bawah umur akan dibenarkan untuk menetap di UK dan diberi peluang kerakyatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat