Avalanche (AVAX) Juara Sepanjang November, Diiringi Terra (LUNA) & Solana (SOL)

304

Ethereum (ETH) mungkin kurang bernasib baik sepanjang November, diatasi oleh beberapa rangkaian lapisan-1 susulan daripada lonjakan kos transaksi (gas) yang terlalu tinggi.

  1. Avalanche (AVAX)
  • AVAX melonjak lebih 120%, menjadi platform lapisan-1 teratas dengan nilai pasaran mencecah lebih $10 bilion sepanjang November.
  • AVAX berada di belakang koin natif Crypto.com (CRO) yang mencatatkan peningkatan tiga kali ganda dalam tempoh yang sama.
  • AVAX mencatat nilai tertinggi sepanjang masa (ATH), $147 pada 21 November selepas Avalanche mengikat kerjasama dengan Deloitte untuk penubuhan platform Close As You Go (CAYG).
  • Avalanche juga ada mengumumkan inisiatif dan insentif berjumlah lebih $600 juta sebagai galakkan kepada pertumbuhan rangkaian itu.
  1. Terra (LUNA)
  • LUNA meningkat lebih 40% dan mencapai ATH baharu, $60.18 semalam, menjadikan rekod ATH kedua bagi November.
  • ATH pertama berlaku pada 10 November dengan catatan nilai $54.94 susulan daripada pembakaran  88.7 juta LUNA pada hari yang sama.
  • LUNA catatkan ATH kedua pada 30 November disebabkan permintaan yang tinggi stablecoin Terra, UST.
  • Terra juga telah lancarkan beberapa program insentif:
    • Token Degenbox telah membenarkan penggunanya untuk depositkan UST sebagai cagaran bagi dapatkan hasil (yields).
    • Astroport pula akan lancarkan lockdrop pada 6 Disember yang mana pengguna boleh ‘kunci’ LUNA untuk dapatkan token ASTRO yang belum dilancarkan.
  1. Solana (SOL)
  • SOL pula melonjak lebih 28% sepanjang November.
  • Seperti biasa, pelabur masih teruja dengan pertumbuhan Solana walaupun sudah berada di penghujung 2021.
  • Majoriti mereka yang berminat dengan aset ini kerana mereka lebih yakin dengan potensinya berbanding Ethereum (ETH) yang terkenal dengan kos transaksi yang tinggi.

Sementara itu, koin-koin metaverse juga tidak ketinggalan mencatatkan prestasi yang luar biasa bagi November: The Sandbox (SAND) dan Decentraland (MANA) kerana masing-masing berkait rapat dengan lapisan-1.

SAND dan MANA mencatatkan lonjakan sehingga lebih 441% dan 104%. Tetapi tidak Axie Infinity (AXS) kerana susut hampir 13%.

Ketua pegawai operasi ARK36, Anto Paroian tidak nafikan projek-projek yang dibangunkan dengan sandaran terhadap metaverse, permainan, dan NFT akan terus mencatatkan perkembangan sekurang-kurangnya 10 kali ganda dalam beberapa tahun lagi, tanpa impak pergerakan harga Bitcoin (BTC).

Maka, boleh dilihat bahawa token lapisan-1 tidak mustahil akan mencatatkan lonjakan harga pada masa akan datang, selagi mana metaverse, permainan, dan NFT kekal menjadi pilihan pelabur.

Sebagai rekod, platform lapisan-1: blockchain yang bergerak secara sendiri; dan lapisan-2: memfokuskan kepada kelajuan transaksi di blockchain yang sedia ada.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat