Avalanche (AVAX) Tembus ATH Baru, Singkirkan Dogecoin (DOGE)!

329

Avalanche (AVAX) tidak mengecewakan, sekali lagi mencatatkan nilai tertinggi sepanjang masa (ATH), $147, pada malam tadi waktu Malaysia.

Ini menjadikan lonjakan yang direkodkan aset ini hampir 32%, dari paras terendah harian, $111.61 pada 20 November.

Prestasi AVAX mendadak menyingkirkan Dogecoin (DOGE) dari senarai 10 matawang kripto teratas berdasarkan rekod nilai pasaran.

Bagaimanapun AVAX ketika artikel ini ditulis, didagangkan pada $135.55 dengan peningkatan sebanyak 5.5% dalam 24 jam.

Rekod mendapati AVAX melonjak lebih 63% dalam seminggu, 73% dalam 14 hari, dan lebih 317% dalam 3 bulan. Manakala untuk rekod sepanjang tahun, aset ini telah melonjak 4,333%.

Dikatakan lonjakan AVAX didorong oleh kegusaran pelabur (FOMO) ekoran daripada berita kerjasama Deloitte dengan Avalanche.

Untuk pengetahuan, Deloitte telah memilih Avalanche bagi pembangunan aplikasi pampasan, ‘Close as You Go Service’ untuk mangsa bencana. Aplikasi ini memudahkan lagi permohonan pampasan dengan menggabungkan dokumen yang diperlukan dan mengesahkannya dengan pantas.

Penganalisis semakin teruja dengan kebolehan aset ini. Tidak mustahil kerjasama dengan Deloitte akan menarik lebih ramai pelabur, lagi-lagi mewujudkan lebih banyak kerjasama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat