Awal Tahun Yang Malang Bagi Bitcoin- Bitcoin Dibuka Rendah Pada Awal Tahun Baru Pertama Kali Sejak 2015.

107

Pertama kali dalam sejarah, bitcoin dibuka dengan mengalami kejatuhan pada awal tahun sejak 2015. Pada pertengah bulan Dismber harga bitcoin mencapai paras $20,000 dan kini harganya telah jatuh keparas $12,000 pada awal tahun dan kini pada harga $13,557.70 setakat jam 12.00 p.m.

Pada tahun lalu harga bitcoin telah menigkat melebihi 1,400%, namun belum ada alasan kukuh yang dipersetujui berkenaan peningkatan harga pada tahun lepas.

Ada yang mengatakan ia disebabkan penggalian bitcoin, sebelah pihak lain mengatakan ia disebabkan permainan jerung-jerung besar yang menyebabkan harga tidak stabil.

Namun, pertukaran bitcoin lebih didominasi oleh pasaran Asia apabila pertukaran Asia menunjukkan data jumlah perdagagngan terbanyak dalam bitcoin. Hal yang sama juga berlaku pada Ethereum dan Ripple. Sejak akhir-akhir ini juga pasaran altcoin dijana oleh pelabur-pelabur Asia.

Pada pembukaan tahun 2018, Ripple menunjukkan peningkatan yang dramatik. Harga ripple telah naik melebihi 50% sejak pada hari Jumaat lepas.

Salah satu faktor peningkatan harga Ripple adalah disebabkan penerimaan institusi perbankan. Beberapa bank dari Jepun sedang mempertimbangkan untuk menggunakan teknologi Ripple untuk transaksi. SBI Ripple Asia terdiri daripada 60 institusi dijangka menguji teknologi Ripple tahun depan dan ini adalah faktor utama yang memandu kenaikan XRP sejak beberapa beberapa minggu lepas.

Penganalisis pasaran di eToro, Mati Greenspan berkata Ripple (XRP) adalah satu pelaburan yang praktikal.

“Ketika ini, bank mengambil masa dua sehingga lima hari bekerja untuk menghantar dana daripada satu bank ke bank yang lain, berbanding Ripple boleh melaksanakan transaksi ini dalam masa 3 saat,” kata beliau.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat