Awas! 3 Cara Ini Scammer Gunakan Untuk Perdaya Pelabur Semasa Ethereum Merge!

241

Scammers berkemungkinan menyalahgunakan Ethereum Merge untuk memulakan penipuan baharu kepada pelabur yang baru mendalami pasaran mata wang kripto.

Menurut Steve Bassi, Ketua Pegawai Eksekutif PolySwam*, penipuan tersebut boleh datang dalam bentuk token palsu ETH 2.0, mining pools dan airdrop.

*PolySwam ialah pasaran keselamatan decentralized yang menghubungkan pakar keselamatan siber kepada projek dan syarikat melalui penggunaan habuan (bounties)

Berikut merupakan antara penipuan yang dilakukan scammer semasa berlakunya Ethereum Merge:

  1. Staking pools

Naik taraf Ethereum (ETH) menandakan peralihan mekanisme konsensus proof-of-work (PoW) kepada proof-of-stake (PoS).

Oleh demikian, Bassi menyatakan bahawa kebanyakan pemegang ETH akan menyertai staking pool tersebut untuk memperoleh keuntungan cepat.

Sebagai rekod, staking merupakan konsep yang agak baharu dalam komuniti kripto kerana pelabur memerlukan 32 ETH untuk menyertai staking pools bagi mengaut hasil daripada ETH mereka.

Walaupun begitu, Bassi memberi amaran bahawa penyedia staking pools akan memberi risiko kepada pelabur kerana ia sering memerlukan pengguna untuk mendeposit dan melepaskan kawalan ETH.

Tambahnya lagi, penyedia staking turut menawarkan syarat yang sangat menarik agar mereka dapat membuat ‘rug pulls’ secara tiba-tiba bagi menjejaskan pelabur yang mengambil bahagian dalam pool tersebut.

  1. Naik taraf scam

Salah satu ancaman ketara melibatkan scammer adalah penipu memperdaya pengguna menandatangani urus niaga penipuan atau memisahkan private keys dengan rantaian ETH baharu.

Misalnya, scammer akan membuat pengguna menandatangani transaksi penipuan atau membocorkan private keys berdasarkan beberapa dakwaan palsu menyatakan bahawa pengguna harus melakukan sesuatu untuk memindahkan rantaian.

  1. Airdrop palsu

Bassi menyatakan pengguna akan diperdaya untuk menandatangani mesej transaksi atau mengunjungi tapak phishing data bagi menerima airdrop palsu.

Disebabkan itu, Ethereum Merge merupakan peluang terbaik scammer untuk menyamar sebagai projek terkenal yang menjanjikan airdrop.

Justifikasinya, Ethereum Merge adalah naik taraf paling ketara dalam sejarah ETH, namun Ethereum Foundation menegaskan bahawa pelabur perlu berjaga-jaga dengan scammer yang kerap mengambil kesempatan ke atas pengguna semasa peralihan termasuklah memberi amaran bahawa token ETH2 atau ETH 2.0 sama sekali tidak wujud.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat