Awas! ‘Abah’ Nak Guna Rotan!

848

Hari ini, ramai yang ternanti-nanti perutusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dengan situasi terkini pandemik Covid-19 bahkan terdapat segelintir yang meramalkan bahawa negara akan dikenakan semula dengan perintah kawalan pergerakan atau lock down.

Seperti yang diketahui, Malaysia kembali mencatatkan peningkatan jumlah kes jangkitan Covid-19 secara mendadak. Lebih membimbangkan ialah hari ini mencatatkan bilang kes jangkitan yang tertinggi sejak awal penularannya pada Mac lalu iaitu sebanyak 691 kes.

Dalam perutusan tersebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menutup ucapannya dengan mengemukakan amaran bahawa pihak berkuasa akan bertindak dengan lebih tegas untuk membendung penularan wabak berbahaya itu.

Umum mengetahui bahawa perdana menteri Malaysia itu digelar sebagai ‘abah’ sejak beliau memegang jawatan tersebut kerana keperibadiaannya sebagai seorang bapa sangat disenangi oleh rakyat. Oleh yang demikian, beliau turut menggunakan gelaran tersebut dalam ucapannya sebentar tadi.

Memetik kata-kata beliau, ‘maaf, jika abah sudah mula menggunakan rotan.’

Tambahan daripada itu, beliau mendedahkan bahawa Malaysia belum siap untuk melaksanakan lock down dan satu-satunya cara untuk memastikan orang mematuhi norma-norma baru adalah dengan undang-undang yang lebih ketat.

Oleh itu, kerajaan akan mengerahkan lebih ramai pekerja barisan hadapan untuk membantu dengan memastikan rakyat mematuhi SOP baru ketika Malaysia terus mencatatkan peningkatan jumlah kes jangkitan pada minggu lalu. Sekiranya terdapat individu yang melanggar peraturan, mereka akan dikompaun.

Di samping itu, perhimpunan besar dan lain-lain, termasuk perkahwinan akan dihentikan. Oleh itu, mereka akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan sekiranya memerlukan SOP baru.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat