Awas! Amaran Dari Janet Yellen Buatkan Pasaran Khuatir!

507

Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen pada hari Khamis telah mengeluarkan amaran mengenai risiko jurang perbezaan ekonomi global berikutan impak krisis Covid-19 dan dalam masa yang sama beliau menggesa ekonomi utama mempergiatkan sokongan fiskal yang signifikan bagi merangsang ekonomi.

Yellen menekankan bahawa ekonomi maju harus terus membantu ekonomi negara-negara membangun yang sedang terkesan dengan pandemi covid-19, perubahan iklim dan bebanan hutang yang tinggi.

Yellen dalam satu kenyataan mendesak Bank Dunia untuk membantu negara-negara, terutama negara-negara berpendapatan rendah agar pengedaran vaksin dapat diedarkan dengan lebih pantas. Tambah Yellen, Amerika Syarikat telah menjanjikan $ 4 bilion sebagai satu inisiatif pengedaran vaksin global COVAX dan mengharapkan negara lain turut ikut serta.

“Amerika Syarikat akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi untuk meningkatkan bekalan vaksin dan memastikan hutang tidak menjadi halangan untuk vaksinasi global,” kata Yellen

Tamsilnya dapat disimpulkan bahawa komen yang diutarakan Yellen menunjukkan bahawa tumpuan pentadbiran A.S adalah pada menjalin kerjasama antarabangsa yang kuat untuk menangani cabran global dan pertumbuhan ekonomi haruslah bersifat menyeluruh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat