Awas! Debat Presiden US Bakal Beri Kesan Terhadap EUR/USD

730

Tumpuan utama pada dagangan sesi Asia pagi ini adalah terhadap acara debat presiden di antara Donald Trump dan Joe Biden. Pergerakan pasaran dijangka akan terkesan berdasarkan debat tersebut dan selepas debat berakhir.

Pelabur berkemungkinan akan lebih berwaspada untuk mengawal risiko dan dijangkakan US dolar akan bergerak lemah pada dagangan hari ini.

Penyusutan US dolar bakal memberi ruang semula untuk matawang utama kembali didagangkan meningkat nilai.

Matawang Euro kembali bergerak stabil mencapai paras tertinggi 1 minggu memberi gambaran untuk matawang Eropah itu akan meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Pada carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD semalam, harga telah mencatatkan kenaikan harian sekitar 80 pips menyusuli kenaikan pada awal minggu.

Harga yang bergerak di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam telah memberi isyarat awal perubahan trend bullish. Menambahkan lagi jangkaan tersebut setelah harga telah melepasi kenaikan di zon SBR (support become resistance) 1.17200.

Dengan jangkaan US dolar akan terus melemah berikutan faktor politik serta kebimbangan menjelang data tumpuan laporan pekerjaan NFP AS, harga pada carta EUR/USD berkemungkinan akan meneruskan lagi kenaikan menuju zon tumpuan di sekitar paras 1.18000.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula ke bawah zon 1.17200, penurunan lebih rendah dijangkakan menuju semula ke zon support 1.16100.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat