Awas Semua Mata Wang, Raja USD Terkuat 20 tahun!

314

Bacaan positif data industri perkhidmatan Amerika Syarikat pada bulan Ogos memberi dorongan buat US dolar untuk melonjak lebih tinggi susulan pandangan bahawa negara itu tidak berada dalam kemelesetan.

Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan mengukuh sekitar harga 110.48, tertinggi 20 tahun berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Indeks PMI perkhidmatan dilaporkan meningkat kepada 56.0 daripada 56.7 pada Julai, catatan kenaikan kedua berturut-turut selepas tiga bulan penurunan.

Sementara itu, mata wang euro dan pound gagal mengekalkan pemulihan yang dicatatkan sebelum ini dengan pergerakan harga masing-masing dilihat kembali menuju ke paras terendah.

Menjadi tumpuan buat pelabur euro kini adalah mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) yang akan berlangsung pada Khamis di mana mereka dijangka akan menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas.

Dalam pada itu, dagangan pound kembali memadamkan keuntungan yang diraih daripada kemenangan Liz Truss sebagai perdana menteri baharu UK yang telah mengumumkan pakej bantuan untuk menangani krisis tenaga.

Truss telah mencadangkan untuk membekukan sekitar £130 bilion bil tenaga isi rumah, selain turut menyumbang £40 bilion lagi untuk perniagaan kecil.

Di sisi lain, mata wang yen terus mencatat rekod terendah baharu 24 tahun dengan harga menyusut ke 143.59 berbanding dolar greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat