Awas! Waspada Dengan Pendirian Tidak Tetap Trump

621

Sentimen pasaran berhati-hati menghiasi sesi dagangan Asia, di mana US dolar diperdagangkan stabil berbanding kebanyakan matawang utama setelah pelabur dikejutkan dengan tindakan Presiden AS Donald Trump menghentikan rundingan pakej rangsangan baru.

Pasaran kemudiannya kembali positif setelah presiden itu menyatakan kesediaannya untuk meluluskan bantuan sokongan terhadap syarikat penerbangan dan perniagaan kecil AS.

Namun begitu, disebabkan keraguan dan ketidakpastian terhadap pendirian Trump terhadap pakej rangsangan, pelabur dilihat mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati dalam meletakkan posisi dalam pasaran.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding matawang utama diniagakan stabil pada 93.62 ketika sesi Asia.

Sementara itu, Federal Reserve (Fed) terus melihat ketidakpastian membelenggu prospek ekonomi yang sangat tinggi, di mana hala tuju pemulihan adalah sangat bergantung kepada bagaimana coronavirus dibendung.

Walau bagaimanapun, Fed berpandangan bahawa pemulihan dalam aktiviti ekonomi pulih dengan lebih cepat daripada yang dijangkakan daripada kejatuhan yang dialami pada suku kedua.

Dolar kiwi jatuh lebih rendah setelah seorang pembuat dasar Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) mengatakan bahawa bank pusat itu sedang ‘aktif berusaha’ untuk melaksanakan kadar negatif.

Dalam pada itu, dagangan pound terus menerima tekanan setelah terdapat khabar angin yang menyatakan Britain sedang merancang untuk hentikan perbincangan perdagangan Brexit jika mereka tidak mencapai kesepakatan apda 15 Oktober, tarikh akhir yang ditetapkan Perdana Menteri UK Boris Johnson.

Menteri Kabinet Britain, Michael Gove juga menyatakan bahawa persiapan untuk menghadapi no-deal Brexit sedang giat dipertingkatkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat