Awas! XRP Dijangka Akan Susut Teruk

1,662

Dalam suasana optimis pasaran kripto pada kebelakangan ini telah membuatkan matawang kripto Ripple (XRP) turut menjadi perhatian ekoran daripada lonjakan mendadak yang didorong oleh Bitcoin dan Ethereum.

Kedua-dua matawang kripto utama tersebut berupaya membawa peningkatan harga kripto yang kecil bagi beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun, pelabur XRP harus tahu turut wujud kelemahan teknikal yang mana mungkin akan menyebabkan penjualan dalam masa terdekat.

Ketika penulisan, aset Ripple didagangkan pada harga $0.63.

Walaupun XRP susut mendadak dari rekod tertinggi baru-baru ini, aset itu masih lagi berada di paras lebih tinggi dari harga terendah, $0.23 sebelum lonjakan parabolic berlaku.

Menurut penganalisis, daripada rekod tertinggi semalam iaitu $0.80, sebenarnya XRP telah susut mendadak. Namun, masih ada peluang untuk harganya kembali terkawal.

Menerusi satu kicauan seorang pelabur di laman Twitter, XRP mungkin akan mengalami penyusutan mendadak susulan daripada tokennya telah kehilangan momentum akibat halangan pada paras $0.80.

Ada kemungkinan juga trend XRP dan pasaran altcoin akan ditentukan oleh arah pergerakan ETH dan BTC dalam beberapa hari lagi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat