Axiata dan Digi Heret KLCI Ke Lautan Merah

252

Indeks FBM KLCI mencatat aliran negatif ketika dibuka pada sesi awal dagangan hari ini ditarik jatuh oleh saham Axiata dan Digi susulan pengumuman penggabungan dua syarikat tersebut dibatalkan pada Jumaat.

Pada 9.15 pagi, indeks dibuka pada 1,595.04 susut 9.43 mata daripada 1,604.47 dengan jumlah dagangan 238.121 juta yang bernilai RM162.064 juta.

Axiata susut 71 sen kepada RM4.17 manakala Digi turun 39 sen kepada RM4.50 susulan perbincangan mengenai gabungan bukan tunai bagi aset telekomunikasi dan infrastruktur Axiata Broup Bhd dan Telenor ASA di Asia ditamatkan.

Keadaan ini juga turut menyebabkan saham Axiata-C36, Axiata-C40, Axiata-C39, Digi-30 dan Digi-C34 mengalami penyusutan.

Antara saham lain yang mengalami kerugian adalah Petronas Dagangan, Sime Darby Plantation Bhd, Press Metal dan Ambank. Bagi saham yang meraih keuntungan pula adalah Petronas Gas, Tenaga, Hong Leong Bank dan Maybank.

Sementara itu, ringgit terus dibuka tinggi berbanding dolar AS kepada 4.1700/1750 daripada 4.1780/1830 disokong oleh minat pelabur terhadap aset berisiko termasuk mata wang Asia, lapor Bernama.

Unit tempatan diniagakan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0191/0238 daripada 3.0221/0261 manakala berbanding yen juga meningkat kepada 3.8805/8863 daripada 3.9050/9101.

Selain itu, berbanding euro, ringgit tinggi kepada 4.6045/6105 daripada 4.6079/6147. Bagaimanapun, ringgit susut berbanding pound British kepada 5.1462/1528 daripada 5.13875/1463.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat