Axie Infinity (AXS) Lonjak 28%, Diramal Tembusi $10!

112

Pergerakan token permainan blockchain Axie Infinity (AXS) menyaksikan prestasi memberangsangkan apabila pasaran kripto akhirnya melihat momentum positif selepas menghadapi ‘pendarahan’ teruk berikutan krisis FTX.

Melalui pemerhatian, AXS telah mendaki sebanyak 28% dalam tempoh 7 hari lalu menguji paras harga $10, namun setakat ini harganya menyusut sedikt pada zon $8.36.

Reaksi tersebut berlaku apabila para pelabur berpusu-pusu mengambil peluang membeli pelbagai aset digital semasa pergerakannya volatile dan menyebabkan token kewangan tidak berpusat (DeFi) turut mendapat impak positif.

Harga dan volum dagangan aset digital tersebut turut dilaporkan melonjak selepas mereka berhasrat lancarkan ‘Axie Contributor Initiative’ yang bertujuan untuk mengembangkan strategi decentralised progresifnya bersama komuniti AXS.

Malah, pengumuman inisiatif berikut mampu memberi galakan kepada ekosistemnya termasuk token AXS untuk membangun lagi secara global pada tahun akan datang.

Walaupun harga AXS mengalami tekanan jualan sejak beberapa bulan kebelakangan ini, aset digital itu dijangkakan akan menembusi zon $10 jika dapat melepasi paras $9.72.

Hal ini berikutan kerana AXS telah menjalani tahun sukar disebabkan faktor makroekonomi yang tidak memuaskan dengan terpalit juga isu metaverse menghadapi penyusutan 94% sejak November tahun lepas.

Setakat penulisan ini, AXS raih 74% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran sekitar $873 juta sementara jumlah bekalannya pada 270 juta token AXS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat