Ayuh, Berdansa Pelabur! ‘Badi’ 5 Sesi Dagangan Bursa Berakhir Sudah

181

Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan mengakhiri kerugian 5 sesi berturut-turut selepas berlaku belian sokongan sederhana pada lewat penutupan semalam, memberi gambaran kemunculan aktiviti bargain-hunting.

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.69 mata pada 1,485.26 daripada penutupan Selasa pada 1,482.57.

Indeks dibuka baik 1.53 mata pada 1,484.10.

Di pasaran meluas, kaunter untung pada 160 mengatasi kaunter rugi pada 114, manakala 199 kaunter pula tidak berubah, 1,859 tidak didagangkan dan 7 digantung.

Jumlah perolehan pada 181.58 juta unit bernilai RM74.35 juta.

Ulas naib Presiden Rakuten Trade Thong Pak Leng, minat belian sederhana terhadap ekuiti tempatan semasa sesi dagangan tengah hari semalam menyokong indeks KLCI berada pada julat 1,480.

Berkenaan unjuran hari ini pula, firma mengatakan minat belian terhadap kaunter teknologi dan tenaga dijangka berterusan memandangkan terdapat berita mengenai OPEC+ yang akan mengehadkan pengeluaran.

Lantaran itu, indeks keseluruhan untuk sesi hari ini dijangka berlegar pada julat 1,480-1,500.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank capai 1 sen pada RM8.84, Public Bank dan Tenaga Nasional maju 2 sen pada RM4.62 dan RM8.60 dan CIMB naik 6 sen pada RM5.34 sementara Petronas Chemicals turun 21 sen pada RM8.35 dan IHH Healthcare kurang 3 sen pada RM6.31.

Saham aktif memperlihatkan Euro Holdings maju 1 sen pada 14 sen dan Hibiscus Petroleum naik 2 sen pada 99.5 sen sementara Serba Dinamik hilang 2.5 sen pada 5.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas meningkat 13.41 mata pada 10,546.37, indeks FBMT 100 mencapai 14.95 mata pada 10,292.48, FBM 70 menambah 3.52 mata pada 12,635.39 dan FBM ACE mencanak 3.15 mata pada 4,894.95 sementara indeks FBM Emas Shariah menurun 0.60 mata pada 10,648.02.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan memacu 45.52 mata pada 16,584.12 dan indeks Tenaga meningkat 18.29 mata pada 731.17 sementara indeks Perladangan menyusut 46.01 mata pada 7,105.86  dan indeks Produk dan Perkhidmatan merudum 1.01 mata pada 179.41.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat