BabyDoge Pamer Aksi Cemerlang Di Tengah Pembetulan Harga BTC! Ini Sebabnya!

1,263

Pada hari ini, harga Bitcoin (BTC) telah kecundang daripada paras rintangan $44,000 yang cuba ditembusi beberapa kali. Semasa penulisan harga BTC telah didagangkan susut 4.9% kepada paras dagangan $40,403.

Penyusutan harga BTC sebanyak lebih 9% dalam tempoh tiga hari turut mengheret pasaran altcoins ke paras yang mengecewakan, kecuali aset stablecoins.

Antara yang menjadi faktor utama yang mendorong kemerosotan harga sejak akhir-akhir ini ialah berikutan ketegangan hubungan Rusia-Ukraine.Setiausaha Pertahanan AS dakwa tentera Rusia menghampiri sempadan Ukraine dan hal ini menyebabkan kecairan BTC dan aset kripto meningkat. selain itu turut menjadi penyebab lain adalah data inflasi yang terus membimbangkan dan pengmuman perintah eksekutif pada minggu hadapan. Perintah tersebut melibatkan pasaran kripto dan mata wang digital bank pusat (CBDC).

Disebalik kejatuhan harga oleh kebanyakan aset kripto, Baby Dogecoin (BABYDOGE) telah melonjak melebih 13% berikutan Bursa Kripto Houbi telah mengumumkan penyenaraian Baby Dogecoin di platform mereka.

Bagaimanapun, ia menambah bahawa dagangan spot (BABYDOGE/USDT) akan dibuka apabila jumlah Baby Dogecoin deposit memenuhi permintaan dagangan pasaran, yang akan diumumkan secara rasmi terlebih dahulu. Disisi lain, pengguna akan dapat mengeluarkan token mereka bermula 14:00 (UTC) pada 19 Feb.

BABYDOGE setakat ini telah berjaya berkembang popular di bawah bayang-bayang DOGE coin yang merupakan kripto meme terbesar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat