Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan buat kali pertama untuk faedah pengangguran berkurangan iaitu satu perkara luar jangkaan pada minggu lalu walaupun peningkatan jangkitan Covid-19 telah menyebabkan lebih banyak sekatan perniagaan terpaksa dikenakan dan kekurangan rangsangan fiskal yang membawa impak yang lebih besar terhadap ekonomi.
Namun dalam laporan berasingan, perbelanjaan pengguna dilaporkan merosot pada bulan lepas buat pertama kalinya sejak bulan April.
Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh pada hari ini menunjukkan jumlah tuntutan pengangguran pada minggu lepas mencatat jumlah bacaan sebanyak 803,000 tuntutan. Bacaan ini terkurang sasar dari jangkaan yang ditetapkan oleh para penganalisis iaitu 885,000. Bacaan minggu lepas juga jatuh dari bacaan minggu sebelumnya yang dicatat sebanyak 892,000.
Walaupun tuntutan pengangguran turun dari bacaan tertinggi iaitu 6.867 juta pada bulan Mac, namun jumlah yang dicatat tetap berada di bacaan kemuncak iaitu 665,000 yang dicatat semasa krisis kewangan 2007-2009.
Pemulihan dari kemelesetan ekonomi akibat pandemik Covid-19 semakin merosot kerana kelewatan yang datang dari Kongres untuk untuk menyetujui pakej rangsangan. Kongres pada hari Isnin baru sahaja memutuskan pakej rangsangan tambahan yang berjumlah $900 bilion walaupun ia disifatkan agak lambat oleh para pakar ekonomi.
Amerika Syarikat dilanda gelombang baru kes Covid-19, dengan lebih dari 18 juta orang dijangkiti dan hampir 320.000 menemui kematian berdasarkan data rasmi Reuters. Pihak pentadbiran A.S telah mengenakan semula sekatan ke atas beberapa sektor ekonomi sebagai langkah untuk mengekang penularan pandemik walaupu tindakan tersebut telah mendorong pengurangan dalam perbelanjaan pengguna.
Laporan kedua dari Jabatan Perdagangan pada hari Rabu menunjukkan perbelanjaan pengguna, yang menyumbang lebih dari dua pertiga aktiviti ekonomi A.S., menurun 0.4% pada bulan November.