Bacaan Data ADP Buat Pelabur Lebih Berwaspada Menjelang NFP

295

US dolar bergerak mendatar dengan memaparkan pergerakan di sekitar harga yang sama, memberi peluang buat matawang komoditi untuk mencatat kenaikan.

Berbanding sekumpulan matawang utama, indeks dolar diniagakan di sekitar 91.24 pada awal sesi Asia.

Pergerakan lemah matawang US dolar menyusuli penyusutan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang terus bergerak di sekitar tahap yang sama pada 1.58%.

Kenyataan pembuat dasar Federal Reserve (Fed) yang menjawab kepada pernyataan Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen untuk meningkatkan kadar faedah, turut mempengaruhi pasaran.

Pengerusi Fed Chicago, Charles Even memberitahu bahawa mereka tidak terburu-buru untuk berbincang mengenai pengurangan (tapering). Sementara Pengerusi Fed Boston, Rosengren pula mengatakan bahawa kekurangan dalam ekonomi masih ketara, selain turut menyatakan jangkaan inflasi dan inflasi kelihatan stabil.

Terdahulu, pasaran telah diperlihatkan dengan bacaan data pekerjaan ADP Amerika Syarikat yang menunjukkan penambahan pekerjaan dalam sektor swasta tidak seperti diharapkan.

Angka pekerjaan ADP meningkat paling tinggi dalam tempoh tujuh bulan pada April, dengan catatan kenaikan 742,000. Namun, bacaan yang dicatatkan adalah lebih lemah dari jangkaan pasaran untuk pertambahan 800,000.

Sementara dalam industri perkhidmatan, aktiviti menurun pada bulan April dari tahap tertinggi yang direkodkan pada Mac, mungkin disebabkan oleh kekurangan input di tengah permintaan semakin meningkat.

Ini menyebabkan pelabur lebih berhati-hati menjelang penerbitan data pekerjaan NFP AS pada Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat