Bacaan Data Inflasi Tumpuan The Fed Indeks PCE Mei Buatkan Pasaran Semakin Khuatir!

605

Petunjuk inflasi utama yang digunakan oleh Federal Reserve untuk menetapkan polisi dilaporkan meningkat 3.4% pada bulan Mei. Bacaan ini merupakan peningkatan terpantas sejak awal 1990an sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Perdagangan.

Walaupun lonjakan ini merupakan lonjakan terpantas sejak April 1992 namun ia sejajar dengan sasaran Dow Jones. Justeru pasaran tidak memberi banyak reaksi susulan berita ini. Pasaran saham niaga hadapan menunjukkan kenaikan sekitar 150 mata untuk Bursa Dow Jones, sementara hasil bon tidak banyak berubah.

Kenaikan indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi teras mencerminkan kadar pertumbuhan ekonomi dan tekanan harga. Selain itu ia juga membawa indikasi sejauh mana negara A.S telah berkembang sejak penutupan ekonomi.

Data ini membuatkan pasaran lebih memberi perhatian terhadap inflasi namun hal sebaliknya bagi the Fed. The Fed buat masa ini lebih cenderung untuk melihat perkembangan keadaan ekonomi dan negara sehingga semuanya kembali normal.

Indeks teras meningkat 0.5% untuk bulan ini namun ia berada di bawah aggaran 0.6%. Indeks PCE yang termasuk makanan dan tenaga meningkat 3.9% untuk tahun ini dan 0.4% untuk bulan tersebut.

PCE (personal consumption expenditure) adalah perbelanjaan penggunaan peribadi yang merupakan salah satu daripada data inflasi. Data ini adalah data yang dikatakan sebagai data inflasi pilihan utama The Fed. The Fed akan menggunakan core PCE sebagai alat untuk menentukan sama ada untuk menaikkan atau merendahkan kadar faedah.

Disisi yang berbeza, perbelanjaan pengguna dilaporkan tidak berubah berbanding anggaran yang jangkakan naik 0.4%, sementara pendapatan peribadi menurun 2% kurang dari penurunan yang diharapkan 2.7%.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding matawang utama susut 0.23% kepada paras 91.582.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat