Bacaan Data Keyakinan Pengguna AS Lemah Sebabkan Ekuiti Kekal Rendah

160

Pasaran ekuiti global kekal dalam penurunan dengan indeks-indeks utama mengundurkan keuntungan selepas bacaan data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang merosot dari jangkaan.

Lembaga Persidangan melaporkan keyakinan pengguna AS merosot pada Jun ekoran kebimbangan inflasi yang tinggi boleh menyebabkan kerencatan pertumbuhan ekonomi dalam separuh kedua tahun ini.

Rentetan itu, Wall Street berakhir rendah dengan indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 491.27 mata (1.56%) pada 30,946.99, S&P 500 hilang 78.56 mata (2.01%) pada 3,821.55 dan Nasdaq Composite turun 343.01 mata (2.98%) pada 11,181.54.

Jelas Tim Ghriskey dari Ingalls & Snyder, sentimen negatif telah mewujudkan aktiviti profit-taking dan sesi penjualan agresif yang melanda dilihat tidak akan berakhir pada masa terdekat.

Tolok MSCI saham seluruh dunia turut menyusut 1.28% sementara STOXX 600 pan-Eropah naik 0.27%.

Namun, sumber berita China mengenai sedikit pelonggaran peraturan kuarantin Covid-19 membantu pergerakan aliran saham dengan pelabur mengharapkan kebangkitan semula dalam pertumbuhan global.

Aliran mata wang pula menyaksikan Euro melemah selepas Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde tidak mengumumkan sebarang pembaharuan mengenai dasar monetari bank pusat tersebut.

Ia telah menyebabkan Euro turun 0.671% pada $1.0518 dengan indeks dolar mengukuh 0.519%.

Dalam pada itu, hasil Perbendaharaan AS mendatar selepas bacaan keyakinan pengguna dengan nota 10 Perbendaharaan jatuh sedikit 0.2% mata asas pada 3.192%.

Bagi komoditi pula, harga minyak terus meningkat buat 3 hari berturut-turut dengan khabar bahawa Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu enggan meningkatkan pengeluaran sementara kerajaan Barat bersetuju untuk hadkan minyak Rusia.

Pada sisi berbeza, spot emas jatuh 0.1% pada $1,820.29 per auns dan Bitcoin (BTC) turun 2.1% pada $20,264.23.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat