Bacaan Inflasi China Kekal Pada Jun

62

Inflasi China tidak berubah bulan lalu dengan harga pengguna (CPI) dan harga pengeluar (PPI) berkembang pada kadar lebih perlahan tetapi stabil.

Biro Statistik Kebangsaan China melaporkan harga pengguna (CPI) meningkat 1.5% tidak berubah daripada Mei. Jangkaan pasaran bagi data kali ini ialah 1.6%.

China terus berhadapan dengan cabaran kelemahan inflasi. Bank pusat China juga cuba untuk menolak kenaikan kadar inflasi teras namun masih sukar dengan pemulihan ekonomi global masih perlahan. Walaupun China masih bergantung kepada sektor industri, kerajaan juga cuba melonjakkan perbelanjaan dalam program ekonomi yang dijalankan.

Inflasi yang lemah ini adalah isyarat yang menunjukkan permintaan pengguna masih lemah. Paling teruk, ia boleh mencetuskan kitaran deflasi, di mana pengguna menangguhkan pembelian barangan dengan jangkaan harga akan terus melemah di masa hadapan.

Tekanan deflasi ini dijangka akan terus meningkat dan mengekalkan polisi akomodatif bank pusat.

Harga pengeluar atau harga perkilangan (PPI) adalah anggaran harga barangan yang dikeluarkan oleh killang pula meningkat 5.5% pada Jun. Walaupun dengan kelemahan data-data yang lain, harga pengeluar terus meningkat tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat