Bacaan Inflasi Terus Menekan Ekonomi Eropah, CPI Bulan Oktober Melonjak Melebihi Sasaran!

195

Inflasi zon eropah melonjak melepasi jangkaan sekali lagi bulan ini, mencecah kepada rekod tertinggi. Ini dapat mendorong kepada kenaikan kadar faedah selanjutnya daripada Bank Pusat Eropah kerana tekanan harga semakin meluas.

Pertumbuhan harga pengguna di 19 negara yang berkongsi mata wang euro meningkat kepada 10.7% pada Oktober daripada 9.9% sebulan sebelumnya, mengatasi jangkaan dalam tinjauan Reuters yang sasarkan pertumbuhan 10.2%. Pertumbuhan inflasi yang tinggi adalah kerana inflasi di Jerman, Itali dan Perancis semuanya meningkat lebih daripada ramalan berdasarkan laporan daripada Eurostat.

Harga tenaga terus memacu inflasi dan dalm masa yang sama makanan dan barangan perindustrian yang diimport semuanya mendorong harga lebih tinggi secara mendadak walaupun perkhidmatan hanya memainkan peranan kecil kali ini.

ECB sebelum ini telah menaikkan kadar gabungan 200 mata asas dalam tempoh tiga bulan lalu dan menjanjikan pengetatan lanjut secepat pada bulan Disember. Dalam masa yang sama, pasaran telah mula menjangkakan kelembapan dalam kenaikan kadar apabila kemelesetan berlaku dan harga gas telah turun daripada paras tertinggi.

Para penggubal dasar merakamkan rasa bimbang bahawa pertumbuhan harga asas yang tidak mengambil kira harga makanan dan bahan api juga turut meningkat. Ini menunjukkan tekanan harga yang semakin meluas, yang meningkatkan risiko bahawa inflasi yang tinggi akan berakar umbi.

Inflasi tidak termasuk makanan dan tenaga meningkat kepada 6.4% daripada 6.0%. Pasaran telah menjangkakan kenaikan kadar pada minggu lepas selepas ketua ECB Christine Lagarde memberikan pandangan suram terhadap pertumbuhan ekonomi.

ECB akan bermesyuarat seterusnya pada 15 Disember, dan pelbagai bacaan baharu mengenai ekonomi ditambah dengan panduan dasar Rizab Persekutuan AS sendiri, mungkin membimbing keputusannya lebih mendalam.

Mata wang Euro telah susut sebanyak 0.30% kepada paras dagangan 0.9933 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat