Bacaan Kuat Data AS Beri Tanggapan Baik Buat NFP Malam Ini!

707

Dolar Amerika melonjak ke paras tertinggi 3 minggu selepas dipacu oleh bacaan data ekonomi AS yang lebih kuat daripada dijangkakan dan pengumuman Federal Reserve (Fed) untuk menghentikan salah satu programnya yang ditetapkan bagi menyokong ekonomi semasa pandemik.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Fed akan menutup program pembelian puluhan bilion dolar aset korporat yang sangat penting kepada perniagaan semasa kemelesetan.

Berita itu telah menyebabkan pasaran saham global merudum dan greenback lebih tinggi, ditambah pula dengan bacaan data AS yang optimis.

Terbaru, laporan pekerjaan ADP menunjukkan pertumbuhan pekerjaan swasta melonjak kepada hampir 1 juta pada bulan Mei, dengan bacaan sebanyak 978,000 telah dicatatkan.

Bagi menyokong lagi pembacaan itu, jumlah tuntutan pengangguran AS juga dilaporkan menurun dengan ketara pada minggu lalu, dengan penurunan di bawah 400,000 untuk pertama kalinya sejak penularan pandemik di AS bermula.

Ini sekali gus memberi tanggapan yang positif terhadap pembacaan laporan pekerjaan NFP AS yang bakal diterbitkan pada malam ini, yang mana ia dijangka meningkat sebanyak 664,000 pada bulan Mei.

Sekiranya bacaan NFP menunjukkan pertambahan yang lebih kuat, dolar Amerika dijangka akan terus meningkat lebih tinggi.

Sementara itu, indeks bukan pembuatan ISM pula mencapai tahap tertinggi, memberi petanda bahawa aktiviti perkhidmatan di AS pulih dengan kuat. Namun komponen pekerjaan dalam sektor ini dilihat sedikit menurun.

Lonjakan US dolar telah mendorong kebanyakan matawang utama lebih rendah, terutamanya dolar Aussie yang menjunam ke paras terendah tujuh minggu walaupun telah diperlihatkan dengan bacaan data ekonomi Australia yang lebih kukuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat