Bacaan Pertumbuhan Ekonomi Sebelum Covid-19 Dapat Dicapai? Pandangan Fed Clarida Meningkatkan Keyakinan Pasaran!

585

Pertumbuhan ekonomi bertumbuh dengan perlahan pada bulan Julai namun ekonomi AS dapat bertumbuh sehingga mencapai paras pra pandemik pada akhir tahun hadapan sebagaimana yang dikatakan oleh wakil Ketua Rizab Persekutuan, Richard Clarida pada hari Rabu.

Berdasarkan pandangan peribadi beliau, walaupun terdapat peningkatan kes positif jangkitan Covid-19 sejak akhir-akhir ini di Amerika Syarikat namun momentum pertumbuhan ekonomi dari bulan Mei sehingga bulan awal bulan Julai masih kukuh. Ditambah pula dengan rangsangan dari pajek fiskal akan menjana lagi ekonomi A.S.

Kata Clarida, menurut beliau A.S akan mula mencatat bacaan pertumbuhan ekonomi sebelum Covid-19 menjelang akhir 2021 ini walaupun masih banyak ketidakpastian yang belum dirungkai.

Beliau turut memberi rincian mengenai langkah-langkah yang ingin diterapkan oleh the Fed iaitu tujuan langkah-langkah diambil adalah untuk menyokong ekonomi dengan meningkatkan aktiviti ekonomi buat masa ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat