Bagaimana Elon Musk Menguruskan Masa Dan Perniagaan Beliau?

630

Elon Musk bukan sahaja seorang usahawan namun beliau juga merupakan penemu, jurutera dan pemain penting industri Amerika Syarikat.

Elon Musk memiliki beberapa buah syarikat yang berada dibawah kendalian beliau. Beliau berindak sebagai CEO bagi syarikat SpaceX dan Tesla, co-founder kepada Hyperloop dan syarikat OpenAI sebelum mengundurkan diri pada baru-baru ini. Dalam masa yang sama, Musk juga terlibat dengan Boring Company dan Neuralink.

Persoalannya bagaimana Musk mengendalikan masanya terutama menguruskan 2 syarikat besar dunia iaitu Tesla dan SpaceX?

Berdasarkan laporan The Independent, Musk menghabiskan sebanyak 85 – 100 jam untuk membangunkan syarikat beliau. Menurut Musk, dariapda 85-100 jam seminggu, 80% beliau gunakan untuk reka cipta dan hal kejuruteraan.

Bagaimana beliau lakukan?

Pertama, beliau tidak menjawab kebanyakkan panggilan telefon dan menghadkan masa yang sedikit untuk email. Paling lama masa yang diluangkan untuk tidur adalah sebanyak 6 jam.

Kedua, Musk membahagikan 1 hari kepada beberapa pecahan. Setiap satu slot pecahan dihadkan kepada 5 minit. Musk malah hanya mengambil masa 5 minit untuk makan.

Menurut pakar motivasi, pemecahan jadual kepada slot-slot kecil dapat meningkatkan produktiviti.

Dengan cari ini juga Musk berjaya untuk terus melakukan inovasi dan meningkatkan produktiviti kerja beliau.

Musk merupakan orang yang sentiasa hidup dengan misi dan visi. Misi dan visi mereka jelas terlihat dalam budaya syarikat mereka. Beliau sentiasa percaya dengan apa yang beliau fikirkan dan akan lakukan. Semoga ia memberi inspirasi kepada kita untuk terus mengejar mimpi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat