Bagaimana Generasi Z Dapat Bersaing Dengan Robot Untuk Bekerja Pada Masa Akan Datang?

292

Pada zaman serba canggih ini, kebanyakan syarikat atau perusahaan yang mengambil inisiatif untuk mengurangkan tenaga kerja manusia dan menggunakan teknologi moden seperti mesin dan robot. Oleh itu, generasi yang dilahirkan selepas tahun 1996 atau lebih dikenali sebagai generasi Z perlu bersaing dengan kecanggihan teknologi berkenaan untuk mendapatkan pekerjaan.

Jadi, apa yang harus dilakukan oleh generasi Z sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam kerjaya?

1. Belajar menyesuaikan diri dengan cepat 

Untuk mencapai kejayaan, generasi Z mestilah belajar menyesuaikan diri di tempat kerja dalam tempoh masa yang pendek. Hal ini demikian kerana penyesuaian diri dengan tempat kerja adalah penting bagi menjamin suasana kerja yang produktif dan kondusif.

Bukan itu sahaja! Suasana kerja yang baik juga mampu menjadi pendorong untuk kita sentiasa mempertingkatkan mutu pekerjaan bahkan boleh mengatasi kemahiran teknikal mesin atau robot yang digunakan.

2. Mampu berkomunikasi dengan baik

Salah satu kelebihan yang dimiliki oleh manusia ialah kemahiran berkomunikasi. Oleh itu, generasi Z perlulah menggunakan kemahiran tersebut dengan sebaiknya untuk menonjolkan prestasi diri anda.

Melalui kemahiran komunikasi tersebut, anda juga dapat membina perhubungan yang baik dengan majikan, rakan sekerja mahu pun pelanggan.

3. Teruskan belajar

Sebagai generasi milenium yang dilahirkan dalam arus perubahan dunia, anda mestilah belajar dan menambah ilmu pengetahuan agar tidak menjadi katak di bawah tempurung atau ketinggalan zaman.

Di samping itu, ilmu pengetahuan adalah salah satu aspek yang dititikberatkan untuk mempertingkatkan kemahiran bekerja. Oleh yang demikian, anda tidak perlu takut atau malu untuk belajar!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat