Bagaimana Hasbro Bangkit Selepas Zaman Toy “R” Us?

236

Meskipun perayaan hari Krismas disambut 3 bulan dari sekarang, namun bagi pemegang saham Hasbro ianya bagaikan sudah boleh diraikan hari ini. Mana tidaknya, untuk tahun ini sahaja saham Hasbro telah melonjak hampir 50% dan Ketua Pegawai Eksekutif Goldner Brian turut merasakan kenaikan ini akan berterusan untuk masa akan datang.

Goldner menyatakan dalam persidangan Goldman Sachs di New York Rabu lalu bahawa kekuatan Hasbro terletak pada jenama utama seperti Nerf, Play-Doh, Transformers dan My Little Pony.

Beliau juga bercakap tentang keputusan yang dibuat baru-baru ini untuk membeli sebuah studio dari Kanada iaitu Entertainment One (eOne) dengan nilai $4 bilion yang dapat meningkatkan keberadaan Hasbro dalam pasaran pra-sekolah. EOne telah menghasilkan beberapa rancangan televisyen yang popular seperti Peppa Pig dan PJ Masks.

Hasbro juga mewarisi perniagaan muzik melalui perjanjian bersama eOne. EOne memiliki label yang menghasilkan muzik oleh kumpulan rock rakyat popular seperti The Lumineers dan baru-baru ini mereka membeli hak dari legenda muzik Death Row Records, termasuk lagu daripada Dr. Dre, Snoop Dogg dan mendiang Tupac Shakur.

Koleksi muzik milik mereka itu bernilai dan boleh menambah lebih banyak aliran tunai, kata Goldner pada Rabu. Dia juga menegaskan bahawa eOne sering menjual hak muzik kepada syarikat media untuk kegunaan dalam filem dan rancangan TV, sekaligus menambah keuntungan buat syarikat itu.

Saham Hasbro berjaya mengatasi pesaing utamanya, Mattel pada tahun ini. Saham Fisher-Prince dan Hot Wheel yang dimiliki oleh Barbie hanya meningkat sekitar 12% untuk tahun ini. Kedua-dua syarikat itu kembali pulih selepas mengalami tahun yang sukar pada 2018, setahun selepas salah satu pesaingnya, Toy “R” Us diisytiharkan muflis di mana mereka terpaksa menamatkan operasi jualan di Amerika Syarikat.

Goldner menyifatkan syarikat mereka sedang menikmati kejayaan seperti syarikat gergasi lain yang menjual mainan seperti Amazon, Walmart dan Target yang juga merupakan rakan jualan utama Hasbro. Syarikat mainan itu juga berharap dapat mengambil kesempatan daripada jenama teras mereka dengan mengubahnya menjadi francais filem seperti Transformers.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat