Bagaimana Negara Dapatkan Dana Untuk Pakej Rangsangan Ekonomi?

370

Semua sedia maklum disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda ketika ini, ekonomi negara terjejas teruk apabila banyak sektor mengalami kerugian besar. Situasi itu memberi kesan buruk kepada negara.

Atas faktor itu, bank pusat dan kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk memulihkan semula ekonomi.

Kita dapat lihat kerajaan mengumumkan pakej rangsangan dan memberi bantuan kepada rakyat sehingga kes Covid-19 berjaya diatasi.

Kita fahamkan dulu apa yang dimaksudkan dengan rangsangan ekonomi. Rangsangan ekonomi adalah tindakan oleh kerajaan untuk merancakkan semula aktiviti sektor ekonomi dalam negara bertujuan bagi memulihkan semula prestasi ekonomi yang kurang baik.

Antara langkah yang dilaksanakan adalah tindakan daripada bank pusat. Kadar faedah untuk pinjaman semakin rendah bagi mendorong rakyat mula melakukan pinjaman wang semula. Selain itu, harga kereta juga mula diturunkan.

Malahan, bank pusat turut mengumumkan pembelian bon kerajaan. Kerajaan akan menawarkan bon kepada pelabur untuk mendapatkan dana yang besar bagi menampung perbelanjaan kerajaan.

Sesiapa yang membeli bon, jumlah pembelian itu akan dipulangkan semula setelah tamat tempoh tertentu tetapi pelabur akan mendapat pulangan seperti dividen setiap bulan.

Bank pusat membeli bon kerajaan ini bertujuan untuk menyokong kerajaan melaksanakan program ekonomi, bantuan kewangan kepada rakyat dan sebagainya.

Bagi bank pusat, pembelian bon ini umpama satu pelaburan kerana mempunyai pulangan dengan kadar faedah yang tertentu dan risiko yang rendah.

Selepas bank pusat sudah meningkatkan pembelian bon, kerajaan akan memperoleh dana. Barulah kerajaan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi, memberi bantuan kewangan, mewujudkan peluang pekerjaan supaya rakyat kembali mempunyai kuasa membeli selain pada masa yang sama mengawal inflasi dalam negara.

Apabila ekonomi jatuh, inflasi menjadi rendah, jadi situasi itu tidak bagus untuk negara. Negara tidak mahu inflasi terlalu rendah atau terlalu tinggi. Menjadi tanggungjawab bank pusat dan kerajaan untuk mengawal situasi tersebut supaya ekonomi berada dalam keadaan yang stabil.

Dengan memahami rangsangan ekonomi ini, baru kita dapat memahami dengan lebih jelas fungsi polisi fiskal dan polisi monetari yang sangat penting bagi sesebuah negara.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat