Bagaimana Idea Seorang Pemuzik Dibeli Oleh Syarikat Pelaburan di Wallstreet

69

Larry Richards seorang pemuzik ‘Jazz‘ mengambil masa hanya tiga tahun dalam satu kursus ‘online‘ untuk mempelajari ‘ekuiti derivatif’ (satu bentuk dagangan saham) dan terus membangunkan satu syarikat pada 2013 untuk membina ‘trading software‘ yang disasarkan kepada trader-trader bermodal kecil.

Disebabkan syarikat beliau dilihat mempunyai potensi besar, pada penghujung tahun 2016 beliau menjual syarikat itu kepada Gammon Capital sebuah syarikat pengurus dana (Hedge Fund) di Wallstreet. Ironinya, beliau pula bekerja dan menjadi Ketua Pegawai Teknologi di syarikat tersebut.

Kata Richard, “satu dari 10 startups akan berjaya, dan buktinya kami berjaya menjadi salah satu dari 10 tersebut”. Beliau yang pada mulanya membangunkan Iota Technologies Pte bersama dua rakannya mengatakan hal tersebut dari perbualan telefon dari rumahnya di Fukushima Jepun.

Semasa beliau mengambil kursus online tersebut yang dibuat oleh trader berpengalaman di ‘Chicago Board Options Exchange’, beliau perasan alat yang digunakan oleh trader kecil sukar digunakan bagi tujuan pembelajaran. Oleh itu, beliau membuat satu inisiatif dengan menggunakan kemahiran ‘coding‘ yang beliau pelajari sejak sekolah menengah bagi membangunkan satu ‘software‘ yang membolehkan trader membuat ‘backtest‘ sebelum menggunakan akaun ‘real‘.

Seorang trader dari Gammon Capital sangat teruja dengan teknologi yang dibangunkan oleh Richards dan mengatakan keuntungan dalam trading mereka semakin baik selepas menggunakan software tersebut. Syarikat Gamon Capital yang menguruskan dana $USD20 juta merekodkan keuntungan 40 peratus dari 1 May sehingga penghujung Januari, berbanding 24 peratus yang dicatatkan pada 2015.

Richards yang juga seorang ahli muzik menghabiskan pelajarannya di Universiti North Texas dan berhijrah ke Jepun di bawah tajaan biasiswa bagi mengkaji sejarah muzik ‘jazz‘ di Jepun. Beliau bertemu dengan isterinya di Fukshima dan menetap di sana sehingga fasih berbahasa Jepun.

Richards yang pada mulanya enggan menjual syarikat beliau, kini berkhidmat sebagai Ketua Eksekutif di bahagian Teknologi syarikat itu dari rumahnya di Fukushima dan masih membuat persembahan ‘Jazz’ di sana. Beliau ketika ini sedang berusaha untuk meningkatkan aset Gammon Capital yang membeli syarikat beliau dan tidak menyesal menjualnya sebelum ini.

“Ada satu ketika saya fikir begitu sukar untuk menjadi CEO”, kata Richards. “Saya lebih gembira sekarang kerana tak perlu bergelut dalam dunia keusahawanan”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat