Bagaimana Sesi Dagangan Pagi Ini? Nak BUY Ke SELL?

469

US dolar bertahan pada keuntungan semalam, setelah meningkat dari paras terendah hampir lima bulan berbanding pesaing utama berikutan data pembuatan yang memberangsangkan.

Kegiatan pembuatan Amerika Syarikat tinjauan ISM dilaporkan meningkat pada bulan Mei susulan pembukaan semula ekonomi yang telah memacu pesanan lebih tinggi.

Namun, pada masa yang sama kekurangan tenaga kerja dan kekurangan bahan mentah telah membebankan pengeluaran, sekali gus dilihat memberi kesan kepada ekonomi secara keseluruhan.

Ketika penulisan, indeks dolar sedikit susut pada 89.85 berbanding sekumpulan matawang utama pada awal sesi Asia.

Sementara itu. pasaran sebelum ini juga diperlihatkan dengan bacaan akhir data PMI pembuatan dari Zon Eropah yang menyaksikan bacaan lebih tinggi pada bulan Mei.

Ini telah mendorong dagangan matawang euro lebih tinggi pada sesi New York ke sekitar paras ketinggian sejak Januari, sebelum ia kembali mengurangkan keuntungan.

Bagaimanapun, bacaan PMI yang dicatatkan di UK pula berbeza, dengan catatan lebih rendah berbanding pembacaan sebelumnya.

Matawang pound terus merosot rendah dari tahap ketinggian 3 tahun yang dicapai pada Selasa, yang mungkin disebabkan oleh pengambilan untung oleh pelabur setelah mendorong matawang itu tinggi.

Dolar Kanada pula sedikit susut, menyusuli kemerosotan yang dicatatkan dagangan minyak mentah susulan keputusan OPEC+.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat