Bagaimana Situasi Pasaran Saham Hari Ini?

308

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada awal dagangan hari ini, dipacu oleh momentum belian ketika terdapat ketidaktentuan kecil membabitkan kaunter sarung tangan yang dilihat masih lemah.

Pada jam 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.48 mata kepada 1,590.61 daripada 1,586.13 pada akhir dagangan semalam.

Lapor Bernama, indeks penanda aras itu meraih 0.81 mata kepada 1,586.94 di awal dagangan hari ini.

Sentimen pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 263 berbanding 178 manakala 299 kaunter tidak berubah, 1,409 tidak diniagakan dan 14 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 252.86 juta unit bernilai RM149.42 juta.

Sementara itu, Rakuten Trade dalam nota penyelidikannya berkata, indeks utama itu dijangka menguji paras 1,590 dengan sedikit ketidaktentuan berikutan sentimen terhadap kaunter sarung tangan yang terus lemah.

“Selain itu, harga minyak mentah sebaliknya kekal berdaya tahan dengan harga minyak mentah Brent kini kukuh melebihi paras AS$60 iaitu AS$61.10 setong pada masa ini,” ujarnya.

Firma itu juga berpendapat bahawa minyak mentah Brent dijangka mencecah paras AS$65 setong pada tahun ini.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik sembilan sen kepada RM8.04, PBBank meraih satu sen kepada RM4.15, Tenaga untung empat sen kepada RM9.74 manakala PChem tidak berubah pada RM7.56.

Bagi saham aktif, IRIS menokok setengah sen kepada 39 sen, DNex naik satu sen kepada 37 sen, FPGroup susut sembilan sen kepada 96 sen manakala Kanger berkurangan setengah sen kepada 11 sen dan Opcom tidak berubah pada 78 sen.

Kaunter untung menyaksikan Nestle melonjak 30 sen kepada RM137.60, Hartalega menambah 20 sen kepada RM12.66 manakala Widetech naik 18 sen kepada 88 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 31.94 mata kepada 11,591.64, Indeks FBMT 100 menokok 29.51 mata kepada 11,314.32 dan Indeks Syariah FBM Emas naik 16.30 mata kepada 13,071.07.

FBM 70 menambah 30.71 mata kepada 15,171.99 dan FBM ACE naik 3.52 mata kepada 10,818.51.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 101.09 mata kepada 15,171.99, Indeks Perladangan meningkat 4.69 mata kepada 7,152.41 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.25 mata kepada 179.65.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat