Bagaimana Trade Forex Menggunakan Handphone ?

2,123

Zaman masa mula-mula saya kenal forex dulu, masa tu Metatrader atau MT4 iaitu platform yang tengah popular sekarang pun belum ada lagi. Masa tu trade guna Streamster platform dari broker Marketiva. Masa tu deposit pun masih guna E-Gold dan E-Bullion. Memang agak lawak masa tu, masa awal-awal kenal forex katakan. First deposit saya pun untuk try trade forex adalah USD20 di broker Marketiva.

Sekarang dah lain, dah ramai tahu apa itu MT4, dah ramai orang dah ada smartphones, dan connection internet 3G,H+,4G LTE. Zaman dah makin pantas, trading platform pun dah boleh install di smartphones. Tapi yang paling popular still Metatrader 4 platform. Untuk pos ini saya akan tunjukkan bagaimana nak install MT4 pada handphone anda. Khususnya untuk Android Phones.

Mula-mula pastikan anda dah ada akaun dengan broker forex.

Lepas dah ada akaun forex tu, anda boleh Masuk ke Google Play iaitu (Playstore), dan search Metatrader 4, dah jumpa, boleh install. Lambang MT4 tu adalah seperti di bawah. Keluaran MetaQuotes Software Corp di bahagian category Finance.

mt4-google-play

Selepas dah install akan ada macam di bawah.

Boleh login guna demo account atau real account.  Jika dah ada akaun, klik Login to Existing Account. Search company broker forex yang kita buka akaun. Lepas tu dah boleh login.

metatrader4-hanphone-android-01

Selepas siap semua dah boleh trade ! Anda boleh juga add indicator yang standard macam Moving Average dan lain-ain untuk bantuan trading. Tadaaa…selamat bertrading.

metatrader4-hanphone-android-02

metatrader4-hanphone-android-03

“You can make profit in forex trading, if you control your money management”MoshedFX

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat