Bagaimana Wang Dicetak? Ini Sebab Bank Pusat Campur-Tangan Dalam Pasaran Forex

3,925

Adakah Central Bank boleh print duit sesuka hati?

Propaganda bahawa Central Bank ni suka print duit, yang bawak kepada jatuhnya nilai matawang, berlakunya inflasi dan segala yang sewaktu dengannya ni mula membiak selepas zaman Global Financial Crisis 2007-2008, iaitu sekitar 2009-2010. Kenapa? Sebab zaman tu lah Quantitative Easing (QE) banyak dilakukan oleh bank-bank pusat negara-negara maju.

Walau betul Central Bank ADA print duit. Tapi masalahnya ramai yang memahaminya dalam konteks yang terpesong.

Ramai yang ingat central bank ni semuanya print duit macam yang dibuat US bawah QE. Atau lebih teruk lagi seperti dibuat Zimbabwe sampaikan nilai currency mereka tidak bernilai. Tetapi realitinya tidak begitu.

Jadi untuk faham berkaitan urusan print duit central bank ni, kita kena sekurang-kurangnya memahami kedudukan balance sheet central bank (gambar).

Sama seperti akaun balance sheet syarikat, akaun balance sheet central bank juga mempunyai Asset dan Liability.

Cuma ianya berbeza dari segi kandungannya.

Secara umum, aset Central Bank adalah apa yang mereka miliki pegang/miliki. Ianya benda yang kalau diorang nak jual, maka akan ada permintaan. Ianya termasuklah emas, foreign reserves yang banyaknya dipegang dalam bentuk bon kerajaan negara lain, Malaysia Government Securities (MGS) dan lain-lain

Sebaliknya Liabiliti Central Bank adalah liabiliti mereka yang normal sama seperti liabiliti syarikat (paid up capital, profit), tapi berbanding hutang, apa yang turut menjadi liabiliti diorang adalah duit yang diorang HASILKAN.

Sesetengah orang anggap duit yang dihasilkan tu sama je macam print duit. Well, depends kepada korang punya definisi print.

Sebab dalam balance sheet central bank, diorang memang ada bagitau berapa banyak duit yang memang diorang literally print. Dan juga berapa banyak duit yang diorang ‘print’ bukan secara literal, tetapi sebagai angka-angka dalam akaun bank komersial, atau sebagai ‘pinjaman’ dalam bentuk Bank Negara Papers.

Cara BNM Mengimbangi Kewangan & Nilai Ringgit

Okay, dah faham secara kasar content balance sheet, jom kita fahamkan apa yang terjadi kepada balance sheet bila BNM buat apa-apa.

1) Bila BNM masuk campur dalam pasaran forex untuk menjatuhkan nilai Ringgit

Untuk urusan menjatuhkan nilai Ringgit, yang mana biasanya dilakukan bila terlalu banyak duit luar tengah masuk ke Malaysia.

Maka BNM akan print duit baru secara elektronik. Katakanlah Goldman Sachs tengah nak beli Ringgit dengan USD, maka BNM akan masuk campur dengan mendepositkan duit yang direka secara elektronik ke dalam akaun Goldman Sachs, dan duit USD dari Goldman Sachs itu pula akan dipegang oleh BNM sebagai RESERVES (rizab).

Maka di bahagian aset, reserves akan bertambah. Di bahagian liabiliti, deposit from financial institutions akan bertambah.

Ingat, balance sheet kena sentiasa balance (seimbang).

Inilah antara cara BNM masuk campur (intervene) di dalam pasaran forex.

 

2) Apabila BNM ingin kurangkan Ringgit yang terlalu banyak di pasaran

Kemudian katakanlah kalau ianya terlalu banyak dah masuk campur, menjadikan banyak sangat duit Ringgit baru di dalam pasaran. Maka mereka boleh ‘ambil’ balik duit tu dengan cara mengeluarkan Bank Negara Papers.

Ianya sejenis bon lah boleh kata.

So bila keluarkan Bank Negara Papers tu. Financial Institutions akan membeli paper tersebut. Beli dari siapa? Dari BNM.

Jadi diorang bagi duit kepada BNM. Sekaligus duit tu akan pergi kepada BNM dan ‘lesap’ daripada pasaran.

Maka apa jadi kepada balance sheet central bank?

Di bahagian asset, tiada apa yang berlaku. Di bahagian liabiliti, Deposits from financial institutions akan jatuh, sebaliknya Bank Negara Papers akan meningkat.

 

3) Bila BNM nak lindungi nilai Ringgit

Katakanlah berlaku pengeluaran duit yang banyak daripada Malaysia, dan BNM nak lindungi Ringgit daripada jatuh begitu teruk.

Maka mereka kena membeli Ringgit yang ingin dijual oleh pasaran kewangan. Dan of course diorang akan kena beli dengan foreign currency.

Di sinilah BNM akan menggunakan reserves mereka, yang sebahagian besarnya dalam foreign currency.

Maka bila ini berlaku, nilai reserves di dalam Aset akan jatuh. Dan di bahagian liabiliti, deposits from financial institutions pula yang akan jatuh.

 

4) Apabila US print duit melalui QE

Quantitative Easing yang dibuat oleh US dan negara maju ni bukanlah tindakan normal oleh central bank.

Itu langkah monetari mereka yang dibuat sebab sudah tidak ada idea lain lagi bagaimana ingin meningkatkan ekonomi yang perlahan disebabkan Global Financial Crisis (GFC) dahulu.

Ianya dilakukan dengan Central Bank masuk campur (intervene) di dalam pasaran kewangan untuk membeli Government bond (kebiasaannya).

Maka bila ini berlaku, nilai pegangan bon kerajaan di bahagian aset akan meningkat (kalau dalam kes Malaysia, nilai MGS). Sebaliknya di bahagian liabiliti, deposits from financial institutions yang akan meningkat.

Niat mereka, bila bank ada banyak sangat duit dan deposit tu. Mereka akan gunakanlah untuk bagi lebih banyak pinjaman, sekaligus menaikkan lagi ekonomi. Itu teorinya. Berjaya ke tidak itu discussion yang sangat panjang dan susah.

Sekian

Cukuplah 4 kes dahulu.

Maka maksudnya di sini,

Kita boleh tau sebenarnya kalau betul ke central bank tengah print duit dengan tengok daripada balance sheet mereka. Dan bukan saja boleh tau betul ke tak diorang print, tetapi juga boleh tau diorang print tu untuk tujuan apa.

Gambar kedua post ni menunjukkan nilai balance sheet US Federal Reserve (Central Bank US)

Saiz balance sheet mereka naik daripada lebih kurang USD800 billion semasa sebelum GFC kepada setinggi USD4,500 billion.

Dengan kata lain diorang sudah ‘print’ duit sebanyak lebih kurang USD3.5 trillion dengan tujuan membantu ekonomi US.

Dan benda ni kita boleh lihat dari balance sheet US Federal Reserve. Di bahagian aset akan ada nilai yang besar dalam pegangan US Treasury dan Mortgage Backed Securities (MBS). Yang keduanya bernilai lebih kurang USD3.5 trillion sebelum ini.

Dan US Fed sekarang tengah dalam proses nak mengurangkan pegangan tersebut, yang kami panggil sebagai Quantitative Tightening (QT). Yang dalam shade merah itu adalah forecast aku berkenaan saiz balance sheet US, berdasarkan perancangan QT mereka. (aku ada chart yang siap bahagi mengikut warna jenis aset tu, tapi kat ofis la, nak buat baru pulak malas haha).

 

Kesimpulannya?

Kita boleh tahu dengan data dan fakta. Sama ada central bank ada print duit atau tidak. Dan boleh juga tau dengan fakta dan data, mereka print itu untuk tujuan apa.

Dan mereka bukan saja print duit. Ada masa mereka ambil juga duit itu daripada pasaran. Semuanya bergantung kepada keperluan ekonomi.

Dan untuk Malaysia, hampir semua keuntungan dibuat BNM akan diberikan sebagai dividen kepada kerajaan.

Wallahualam.

.

.

Artikel ini diterbitkan semula di laman web ini dengan keizinan empunya artikel saudara Izzuddin YussofSila SHARE dan LIKE jika anda suka perkongsian ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat