Bagi Melindungi Pelabur, Dubai Perkenal Peraturan Pemasaran Kripto

261

Dubai melangkah ke hadapan dengan memperkenalkan program lesen baharu bagi penyedia perkhidmatan mata wang kripto apabila pengawal selia tempatan memperkenalkan peraturan pemasaran dan pengiklanan tambahan untuk industri.

Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Kawal Selia Aset Maya (VARA) Dubai iaitu pengawal selia kripto khusus bandar itu berjaya mengumumkan garis panduan peraturan mengenai pemasaran, pengiklanan serta promosi aset maya.

Dalam peraturan, VARA merujuk kepada semua bentuk jangkauan iaitu komunikasi dan pengiklanan, penyebaran maklumat, membina kesedaran, penglibatan pelanggan, permintaan pelabur dan lain-lain.

Oleh demikian, garis panduan tersebut meliputi segenap komunikasi berkaitan aset maya, penerbitan maklumat di laman web media berpangkalan di Dubai, platform carian serta saluran penerbitan dalam talian dan luar talian yang menyasarkan pelanggan dalam pasaran Dubai.

Tambahan daripada itu, peraturan ini akan tertakluk kepada semua penyedia perkhidmatan aset maya tempatan (VASP) termasuklah platform pengiklanan dengan bertujuan untuk memastikan ketetapan fakta serta menunjukkan sebarang promosi dengan teliti supaya pelanggan berpotensi tidak mengalami sebarang kekeliruan.

Secara khususnya, peraturan tersebut menangani pemasaran dan komunikasi sebelum mengoperasikan pemegang lesen MVP agar sebarang penyebaran maklumat pasaran besar-besaran dan permintaan pengguna direka bentuk demi menjaga kepentingan masyarakat.

Seperti yang dilaporkan, platform pertukaran kripto FTX yang diasaskan oleh Sam Bankman-Fried merupakan salah satu syarikat pertama menerima lesen MVP VARA melalui anak syarikat tempatannya FZE yang membolehkan FZE mengendalikan VASP di rantau ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat