Bagus Ke Cetak Duit Banyak-Banyak?

371

Kalau hutang negara tinggi, mengapa kerajaan tidak mencetak sahaja duit sebanyak mungkin untuk memberi kekayaan kepada negara?

Mungkin anda pernah terfikir persoalan sedemikian. Tapi tahukah anda, sekiranya kerajaan mencetak terlalu banyak duit, harga barang di sesebuah negara akan meningkat. Bagaimana perkara itu boleh terjadi?

Sebagai contoh, kerajaan mencetak RM10,000 kepada setiap penduduk, maka kuasa beli rakyat akan meningkat tetapi bekalan barangan di pasaran kekal sama.

Contohnya, roti. Setiap rakyat hendak membeli roti tetapi bekalan adalah terhad. Maka, harga roti tersebut akan meningkat.

Apabila bekalan terhad, pengeluar terpaksa menaikkan harga produk untuk memenuhi permintaan yang tinggi. Pengeluar juga perlu menanggung kos bahan mentah dan menambah bilangan pekerja, sekali gus menyebabkan kenaikan harga berlaku.

Percetakan wang kertas yang terlalu banyak sebenarnya memberi kesan hiperinflasi. Zimbabwe misalannya merupakan negara yang mengalami hiperinflasi selama 10 tahun kerana kerajaan negara itu telah mencetak wang kertas dengan terlalu banyak dan tanpa had dengan nilai yang tinggi.

Sewaktu kejatuhan ekonomi negara itu pada 2008, rakyat Zimbabwe terpaksa membawa beg plastik yang penuh yang duit untuk membeli barang keperluan seperti sayur, roti dan susu. Harga barangan juga meningkat sekurang-kurangnya dua kali ganda dalam tempoh 24 jam.

Nilai mata wang tertinggi dicetak kali terakhir pada 2008 berjumlah 100 trilion dolar Zimbabwe tetapi jumlah sebanyak itu tetap tidak cukup untuk membayar tambang bas.

Anda juga memerlukan 100 bilion dolar Zimbabwe untuk membeli hanya 3 biji telur ayam pada 2015? Dahsyat bukan kesannya kepada ekonomi negara.

Kegagalan ekonomi dan inflasi di Zimbabwe menyebabkan dolar Zimbabwe tiada nilai dan digantung selama-lamanya pada 12 April 2019.

Bagi menggantikan dollar Zimbabwe yang telah lumpuh, kerajaan negara itu terpaksa menggunakan 9 mata wang asing dan merupakan satu-satunya negara yang paling banyak menggunakan mata wang yang sah.

Antaranya termasuklah dolar Amerika, dolar Australia, Euro, pound sterling UK, yen Jepun, yuan China, rand Afrika Selatan, pula Botswana dan rupee India. Segala transaksi rasmi oleh kerajaan Zimbabwe menggunakan USD.

Situasi yang berlaku di Zimbabwe menjelaskan mengapa kerajaan tidak boleh sesuka hati mencetak duit walaupun kerajaan kekurangan duit kerana akan berlakunya hiperinflasi. Nilai duit jatuh, harga barangan pula akan meningkat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat