Bahang Kenaikan Kadar Oleh Fed Disember Nanti Semakin Terasa!

47

Beberapa bank pusat utama dunia dijangka akan bertemu pada minggu akan ini untuk kajian semula kadar. Selain itu, Fed pula akan memulakan final countdown untuk undian pilhanraya yang bakal berlangsung 8 November ini.

Pengerusi Fed, Janet Yellen dan penggubal-penggubal dasar Fed juga telah meninggalkan keputusan kadar pada mesyuarat Disember nanti bagi sebarang perubahan.

Buat masa sekarang, majoriti pasaran meletakkan kemenangan kepada Clinton melebihi undian terhadap Donald Trump. Kemenangan Clinton dijangka akan mengubah kadar ke paras yang lebih tinggi.

Sebelum ini, keadaan ekonomi AS dilihat pada tahap yang baik apabila data pertumbuhan dilaporkan bangkit semula kepada 2.9% pada suku ketiga tahun ini. Angka itu melebihi jangkaan awal oleh penganalisis.

Dalam mesyuarat FOMC pula, sebanyak 3 orang pegawai telah mengundi untuk kenaikan kadar pada bulan September yang lalu.

Pun begitu, sebarang keputusan akan merujuk kepada perkembangan sektor pekerjaan dan kadar inflasi dalam pasaran semasa AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat