Baiknya Hati World Bank, Lagi $530 Juta Disumbangkan Kepada Ukraine

215

‘Baik ada makna ke tu? Ukraine kena beringat, ada hutang perlu dibayar nanti.’

Dana terus disalurkan kepada negara malang Ukraine, apabila The World Bank menambah $530 juta untuk menjadikan jumlah pukal bantuan kecemasan kepada $13 bilion.

Menurut kenyataan rasmi World Bank Group, bantuan tersebut merangkumi sumbangan daripada United Kingdom (UK) sebanyak $500 juta dan kerajaan Denmark pada $30 juta.

Setiausaha Luar Negara UK, James Cleverly menyatakan bahawa dana tersebut diharap dapat menyokong usaha pembinaan semula Ukraine selepas perang sementara wakil Denmark pula menyifatkan bantuan tersebut sebagai sumbangan kemanusiaan kepada rakyat yang tidak berdosa.

Ulas naib Presiden World Bank rantau Eropah dan Asia Tengah, Anna Bjerde, bantuan tersebut disumbangkan bagi membaiki kerosakan hasil daripada pencerobohan Rusia pada Februari lalu.

Tambahnya lagi bahawa bantuan dari pihak komuniti antarabangsa sangat memberangsangkan dan mengharapkan lebih banyak dana dapat disalurkan bagi membantu pembinaan semula negara Ukraine.

Setakat sekarang ini, World Bank telah menyalurkan dana kecemasan sebanyak $13 bilion yang mana $11 bilion telah selesai diagihkan.

Ia diharap dapat membolehkan Ukraine terus menyediakan perkhidmatan kerajaan yang penting kepada penduduk dan membantu mengurangkan kesan kerugian ekonomi serta manusia akibat perang.

Dalam pada itu, pengarah World Bank rantau Eropah Timur pula menganggarkan Ukraine memerlukan hampir $100 bilion untuk membaik pulih segala kerosakan dan pembinaan semula negara tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat